Seperti kebanyakkan peranti flagship 2019 lain, ZenFone 6 tampil dengan cip Snapdragon 855, RAM 6GB/64GB, RAM 6GB/128GB dan RAM 8GB/256GB yang juga diberikan sokongan kad mikroSD dengan satu slot khas. Bagi kad SIM pula, ia disediakan dengan dua slot SIM nano.
Menariknya lagi, ASUS membekalkan peranti ini dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang akan diisi dengan pengecasan pantas 18W melalui port USB-C.
Keunikan peranti ini terselah pada bahagian kameranya dimana ia dilengkapid dengan dwi lensa flip yang berfungsi untuk rakaman hadapan serta belakang.
Lensa utama menggunakan 48MP (Sony IMX586) sementara 13MP sebagai rakaman ultra lebar. Pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang berada dibawah tetapan kamera tersebut.
Sebelah hadapan dilengkapi dengan skrin paparan IPS LCD 6.4 inci dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6. Panel belakangnya diperbuat daripada kaca sementara mengelilingi dibahagian tengah adalah aluminium siri-6000. Ia akan menjalankan sistem antaramuka ZenUI 6 berasaskan Android 9 Pie serta dijanjikan dengan naik taraf kepada Android Q kelak.
Asus ZenFone 6 dilancarkan untuk pasaran Eropah terlebih dahulu pada tanda harga €499 (~RM2328), €559 (~RM2608) dan €599 (~RM2794) mengikut variasi storan yang ditawarkan.
Ketika ini, kita masih belum mengetahui sama ada ia akan dibawa masuk ke pasaran tempatan ataupun tidak.
Berkaitan
- OPPO Reno 10x Zoom Rasmi Di Malaysia Dengan Ciri 60x Zoom
- Johor WiFi Bakal Ditempatkan Di 76 Lokasi Baru Tahun Ini
- OPPO A9 2020 Dan OPPO A5 2020 Diperkenalkan, 4 Kamera Dengan Snapdragon 665
- 6 Case Terbaik Untuk IPhone 7 Anda
- IPhone 6s Plus Menerima Potongan Sehingga RM700 Bagi Variasi 32GB Dan 128GB
- Vivo Y69 Akan Dipasarkan Di Malaysia Pada Harga RM999
- ASUS ROG Phone Bakal Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
- Selain Mi 6, Xiaomi Akan Umumkan Produk Baru Yang Lain
- Perubahan Nama Rangkaian Daripada Webe Kepada Unifi Akan Bermula 16 September Ini
- [Video] Ujian Ketahanan Nokia 6 - Telefon Paling Lasak 2017?