Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Billionaire investor Warren Buffett, chairman of Berkshire H

Orang Ke-2 Terkaya Di Dunia Tidak Berminat Guna iPhone

Diterbitkan Mei 14, 2017 · Dikemas kini Mei 14, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sesetengah daripada kita sering mengaitkan penggunaan iPhone sebagai simbol gaya hidup yang mewah.

“Fulamak ada-ada la pakai iPhone”

“Pehh pakai handphone bangsawan”

“Masyuk la brader ni pakai Apple”

Inilah ayat-ayat yang biasa kedengaran bila menyakat rakan yang memiliki peranti Apple.

Walaupunbegitu, model iPhone tidak berjaya menarik minat manusia ke-2 terkaya di dunia, Warren Buffet.

Pelik rasanya apabila beliau mempunyai pegangan saham didalam syarikat berpengkalan di Cupertino tetapi tidak memiliki telefon tersebut.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan, beliau juga tidak menggunakan telefon Android flagship ataupun high-end.

Berdasarkan berita yang dipetik dari laman Tech Viral,  Warren Buffet masih menggunakan telefon Nokia flip.

131022213804-warren-buffett-cell-phone-story-top

” Ini pemberian daripada Alexander Graham Bell kepada saya” ujar Buffet sambil berjenaka ketika menunjukkan telefon Nokia lamanya itu.

Di dalam temubual bersama CNN, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak membuang barangan yang dipakai untuk tempoh 20 hingga 25 tahun.

Untuk pengetahuan anda Warren Buffet masih tinggal di rumah yang hanya mempunyai 3 bilik tidur.

Rumah tersebut dibelinya pada 60 tahun yang lepas pada harga $31,500 (~RM136665.90).

Berikut merupakan biografi ringkas Warren Buffet:

Lahir: 30 Ogos 1930

Tempat tinggal: Nebraska, Amerika Syarikat

Pendidikan: University of Pennsylvania, University of Nebraska-Lincoln, Columbia University

Pekerjaan: Pelabur, Hartawan perniagaan, Dermawan

Nilai bersih aset: US$ 73.3 bilion (sehingga Mei 2017)

 

Sumber: Tech Viral, Wikipedia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY