Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setakat Ini Sudah 6 Suspek Telah Ditahan Kerana Menyebarkan Kandungan Palsu Mengenai Novel Coronavirus

Kakitangan Syarikat Telekomunikasi Disyaki Disogok Bagi Mendedahkan Data Peribadi Pengguna

Diterbitkan Julai 24, 2020 · Dikemas kini Julai 24, 2020 oleh ariff bukhari

7 Individu sudah direman setakat ini.

Pada 22 Julai lalu, 7 individu telah direman untuk tempoh 4 hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan ke atas satu kes sindiket yang dipercayai mengaut keuntungan berjuta ringgit hasil aktiviti manipulasi maklumat peribadi pengguna telefon bimbit sebelum ini.

Hasil reman itu, pihak SPRM telah berjaya menumpaskan sindiket yang turut dipercayai melakukan aktiviti sogokan ke atas kakitangan telco bagi mendedahkan nombor dan butir peribadi pengguna untuk disalahgunakan.

Berdasarkan kepada laporan Bernama yang bersumberkan dari pihak SPRM, kesemua individu yang direman itu disyaki terbabit menerusi tiga syarikat yang telah menyediakan perkhidmatan “sms content services provider” iaitu penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbayar kepada pemegang telefon bimbit di seluruh negara.

Syarikat-syarikat tersebut dipercayai telah beroperasi sejak lima tahun lalu dengan menghantar SMS berbentuk promosi atau perkhidmatan tertentu kepada pelanggan tanpa persetujuan pengguna dengan mengenakan caj bayaran tertentu bernilai antara RM0.50 hingga RM4.00 bagi setiap SMS yang dihantar tanpa disedari pengguna.

Mangsa sindiket pula kebanyakannya adalah pengguna prabayar.

Tidak setakat mengaut keuntungan secara haram, sindiket itu juga turut membuat tuntutan caj perkhidmatan daripada syarikat-syarikat telekomunikasi.

Kesemua individu tersebut direman bermula dari 22 Julai hingga 25 Julai 2020 ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY