Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2018 - Pastikan Anda Hanya Melayan Dua Nombor Ini Sahaja

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, SKMM akan mengadakan Kajian Pengguna Telefon Bimbit sehingga 12 Disember ini. Sempena dengannya, pihak SKMM akan membuat panggilan secara rawak ke nombor-nombor berdaftar sepanjang tempoh itu bagi tujuan soal selidik.
Baca juga: SKMM Bakal Jalankan Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2018 Sehingga 12 Disember Ini

Namun, apabila kami melaporkan mengenai kajian ini, timbul kebimbangan daripada pihak pembaca mengenai kemungkinan dipanggil oleh pihak yang menyamar sebagai wakil SKMM atau scammer.

https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1063615724625760256

Jadi hari ini, SKMM melalui akaun Twitternya telah pun mengklarifikasikan dua nombor telefon talian tetap yang akan digunakan oleh pihak mereka untuk soal selidik tersebut.

Sekiranya anda menerima panggilan selain daripada nombor 03-86888235 atau 03-86888234, dan mengatakan bahawa mereka adalah dari pihak SKMM, sila buat aduan di laman  dengan segera.

 

Sumber: @SKMM_MCMC