Penggunaan CarPlay atau Android Auto adalah jauh lebih merbahaya dari memandu sambil menaip teks.
Kajian terbaru yang dijalankan oleh pihak IAM RoadSmart dari U.K berkaitan keselamatan jalan raya mendapati penggunaan teknologi skrin sentuh yang ada di dalam kereta moden penyebab gangguan utama kepada pemandu.
Sekaligus menyebabkan reaksi pemandu terhadap situasi di atas jalan raya menjadi lebih lambat berbanding jika mereka memberikan perhatian sepenuhnya ketika memandu kereta.
Kajian IAM RoadSmart secara khususunya mendapati ciri skrin sentuh yang ditawarkan Apple di dalam kereta iaitu Apple CarPlay adalah yang paling merbahaya kepada pemandu.
Malah didapati ia adalah jauh lebih merbahaya dari menaip teks atau penggunaan ciri skrin sentuh Android Auto.
Berikut adalah 9 perbandingan gangguan yang menyebabkan reaksi pemandu menjadi lebih lambat di atas jalan raya menurut IAM RoadSmart.

Antara penemuan utama oleh IAM RoadSmart hasil daripada kajian ke atas pemandu yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah penggunaan Android Auto atau Apple CarPlay menyebabkan pemandu menjadi 50% lebih lambat memberikan reaksi terhadap situasi di atas jalan raya.
Kesimpulannya adalah apabila seseorang memandu kenderaan, perhatian sepenuhnya yang patut diutamakan pemandu adalah terhadap situasi di atas jalan raya.
Bukan sibuk melayan telefon pintar atau antaramuka info hiburan yang ada di dalam kenderaan anda. Tabiat buruk seperti itu boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Berkaitan
- Apple Akan Menawarkan (PRODUCT)RED Untuk Apple Watch Series 5
- Apple Turut Sama Menyertai Kegilaan Platfom TikTok
- Twitter Kini Menyokong Ciri Live Photos Yang Diperkenalkan Apple Pada 2015 Dahulu
- Apple Dan Google Digesa Tarik Keluar Aplikasi TikTok Dari Stor Mereka
- Apple Kini Di Tangga Ke-3 Dari 500 Syarikat Paling Menguntungkan Di Amerika Menurut 'Fortune 500'
- Temui Kecacatan Keselamatan Pada Kamera Komputer Macintosh, Pelajar Terima USD100 Ribu Dari Apple
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS & iPadOS 13.2.3
- Dalam Diam Apple Sahkan Aplikasi DaVinci Akan Tiba Di iPad
- Apple Tidak Lagi Menawarkan Model iPhone 7, iPhone XS dan XS Max Di laman Apple Store
- Rakyat China Menyalahkan Apple Dan Terus Menyokong Huawei