Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kaji Selidik: Pengguna Yang Kerap Menggunakan Emoji Cenderung Melakukan Lebih Banyak Hubungan Intim

Kaji Selidik: Pengguna Yang Kerap Menggunakan Emoji Cenderung Melakukan Lebih Banyak Hubungan Intim

Diterbitkan Ogos 22, 2019 ยท Dikemas kini Ogos 22, 2019 oleh Helmi Samsuri

Diawal perkhidmatan pemesejan dahulu, pesanan teks sesetengah daripada kita mungkin akan diiringi dengan gabungan simbol :), ;P dan lain-lain bagi mengekspresikan perasaan penghantar ketika itu.

Ia kemudiannya berkembang kepada emoji yang lebih menarik dengan pelbagai karakter dan objek untuk dikongsikan. Menurut kajian Kinsey Institute, sebuah institut penyelidikan seks, jantina dan reproduksi dari Indiana University di Amerika Syarikat, individu yang kerap menggunakan emoji bagi komunikasi dalam talian cenderung untuk hadir lebih banyak temu janji kali pertama dan lebih banyak melakukan hubungan intim.

Hasil kajian yang melibatkan lebih dari 5000 peserta itu memperlihatkan peningkatan penggunaan emoji berkait rapat dengan perjalanan sesuatu perhubungan disamping peningkatan bagi temu janji kali kedua.

Pengguna yang kerap menghantar emoji juga dikatakan cenderung untuk bercium ketika temu janji, mengadakan seks atau menjalin hubungan romantik bersama pasangan temu janji mereka.

Walaupunbegitu, penyelidik menyatakan mereka tidak dapat memastikan emoji mana yang kerap digunakan oleh pengguna dan pastinya penyelidikan lebih mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti perkara tersebut.

Ini hanyalah dapatan daripada kaji selidik melibatkan sejumlah kecil pengguna sahaja dan ia mungkin tidak memberi gambaran sepenuhnya mengenai tabiat tersebut.

Anda boleh baca laporan penuh kaji selidik di Plos|One.

via CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY