Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Pendekkan Tempoh Pembayaran Bil Mulai 1 Oktober

Kadar SST Untuk Perkhidmatan TV Astro Kini Dinaikkan Kepada 8%

Diterbitkan Mac 4, 2024 · Dikemas kini Mac 4, 2024 oleh Amalina Athman

Selaras pengumuman kerajaan, Astro kini memaklumkan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada 6% kepada 8%, berkuat kuasa 1 Mac 2024.

Berkaitan

  • Shopee Umum Kenaikan Kadar SST Kepada 8% Bermula Mac
  • Shopee Kini Kenakan Kadar SST 6% Untuk Kos Penghantaran

Menurut Astro, pelarasan kadar SST sebanyak 8% hanya melibatkan perkhidmatan TV berbayar Astro. Sementara itu, cukai perkhidmatan untuk langganan Astro Fibre yang tergolong dalam kategori perkhidmatan telekomunikasi akan kekal pada kadar 6%.

Sebarang langganan, pembelian, naik taraf atau sambungan semula perkhidmatan TV Astro yang dilakukan mulai 1 Mac 2024 juga akan tertakluk kepada kadar SST 8%.

Bagi langganan pek bundle Astro Fibre, SST sebanyak 6% dan 8% masing-masing akan dikenakan untuk langganan Astro Fibre dan Astro Pek.

Kadar SST Untuk Perkhidmatan TV Astro Kini Dinaikkan Kepada 8%

Dalam pada itu, Astro menjelaskan bayaran untuk langganan perkhidmatannya tidak akan meningkat. Namun begitu, SST yang dinaikkan kepada 8% akan menyebabkan peningkatan pada keseluruhan jumlah bayaran.

Sumber: Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY