Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad tng nfc lazada

Kad TNG NFC Dijual Mulai Jam 7AM Setiap Hari Di Lazada

Diterbitkan Mei 3, 2023 · Dikemas kini Mei 3, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Sejak pengenalannya, kad TNG berdaya NFC sentiasa diburu kerana stoknya yang terlalu terhad. Bahkan, ada stesen minyak yang mengambil kesempatan dengan menjualnya pada harga lebih tinggi.

Jika anda mahu dapatkannya secara dalam talian, satu saluran rasmi tersedia ialah di Lazada. Dulu, Touch ‘n Go menjualnya di aplikasi TNG eWallet namun sudah dihentikan.

kad tng nfc touch n go (3)

Kalau dulu waktu ketersediaan stoknya ialah rawak, namun Touch ‘n Go kini memaklumkan bahawa kad TNG NFC ini akan tersedia pada jam 7 pagi, setiap hari.

Untuk ke belinya, klik SINI.

Harganya ialah RM10 dan belum masuk caj penghantaran.

beli kad tng nfc di lazada

Oleh itu, anda tidak lagi perlu ternanti-nanti notifikasi daripada kumpulan/saluran Telegram untuk tahu bila ia tersedia.

Diingatkan, setiap pengguna hanya boleh membeli 1 kad dalam masa 6 bulan. Pembayaran pula hanya melalui baki TNG eWallet, bukan dompet Lazada mahupun kad debit/kredit.

Beli di kedai (offline)

Kedai rasmi TNG hanya ada dua di seluruh Malaysia iaitu di Bangsar (Wisma Touch ‘n Go) dan juga NU Sentral.

Untuk semak stesen minyak mana yang menjualnya, boleh ke pautan INI.

senarai stesen minyak kad tng nfc

Tetapi, jangan bergantung 100% senarai tersebut kerana ada kemungkinan ia tidak dikemas kini dan selalunya mereka juga sudah kehabisan stok.

Semak dulu jika telefon sokong NFC

Semak dahulu sama ada telefon anda mempunyai ciri NFC. Lakukannya dengan ikuti langkah INI.

Jika tiada ciri NFC, maka tiada apa yang anda boleh buat kerana NFC tidak boleh ditambah ke dalam telefon seperti memasukkan bateri baru.

beli kad tng nfc

Maka, kad ini akan menjadi kad TNG biasa untuk anda dengan urusan tambah nilai perlu dilakukan di kedai atau kiosk TNG.

Berkaitan

  • TNG NFC Lancar, Ini Perbezaan Dengan TNG Lama
  • Pengguna Mengadu Ada Stesen Minyak Jual Kad TNG NFC Lebih RM10, Touch 'n Go Dan PETRONAS Beri Respons
  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad
  • Nak Beli Kad TNG NFC? Ini Cara Semak Jika Telefon Anda Sokong Ciri NFC
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Apa perbezaan kad TNG biasa yang lama dan kad baharu ini? Baca artikel INI.

Selepas mendapatkan kad TNG, jangan lupa daftar di portal Touch ‘n Go supaya dapat mudah urusan untuk refund dan menjejak transaksi. Caranya ada di artikel INI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY