Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla terbakar

Tesla Terbakar Hingga Rentung Di Stesen Pengecas Super Di AS, Api Sukar Dipadamkan

Diterbitkan Julai 14, 2024 · Dikemas kini Julai 14, 2024 oleh ariff bukhari

Satu insiden kebakaran melibatkan sebuah EV Tesla telah berlaku di stesen Pengecas Super Pennsylvania minggu ini semasa EV itu sedang mengecas.

Tanpa mendedahkan model Tesla yang terbakar, kebakaran itu telah merentungkan EV itu sehingga mencairkan sebahagian besar EV tersebut.

Usaha pemadaman pula telah melibatkan beberapa balai bomba bagi memadamkan api dengan selamat dan menghalang sebarang sisa berbahaya daripada merebak ke kawasan sekitar.

tesla terbakar2

“Apabila tiba, kru Skuad 23 meregangkan barisan dan memulakan tembakan pemadam api. Sebaik sebahagian besar kebakaran dipadamkan, kru memulakan proses penyejukan bateri kenderaan,” Jabatan Bomba Upper Allen dalam satu siaran bertarikh 9 Julai 2024 yang memperincikan kejadian, yang berlaku.

“Ini bukan kebakaran yang mudah untuk dipadamkan, dan hazmat timbulkan kebimbangan yang ia sukar untuk atasi,” Tambah Jabatan Bomba Upper Allen.

Kebakaran di stesen Sheetz, yang terletak di Mechanicsburg, kira-kira 80 batu di utara Baltimore itu telah mengakibatkan penutupan jalan ketika kru penyelamat bekerja untuk mengakses pili bomba terdekat.

Selepas api kenderaan dipadamkan dan bateri disejukkan, Tesla yang rentung itu ditarik keluar.

tesla terbakar1

Punca sebenar kebakaran masih belum didedahkan kepada umum dan tidak jelas sama ada terdapat sebarang kecederaan dilaporkan.

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysa pada September 2023 lalu, sebanyak 327 kebakaran melibatkan EV telah dilaporkan sehingga 2022 di seluruh dunia.

Media utama pula semalam melaporkan, memadam kebakaran melibatkan EV sebagai rumit kerana bateri litium yang lazim digunakan dalam EV.

Sumber: Jabatan Bomba Upper Allen, PCMag, Utusan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysa 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Electrify America Mula Mengehadkan Pengecasan Bateri EV Kepada 85% Sahaja

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY