Kacamata Ini Bantu OKU Penglihatan "Melihat" Dunia

Aira, sebuah syarikat startup berpengkalan di Amerika Syarikat telah membangunkan satu alat yang bakal membantu orang cacat penglihatan dalam melakukan tugasan seharian. Kaca mata yang dibina berasaskan Google Glass ini akan menghubungkan antara pemakai dengan ejen yang dipertanggungjawabkan membantu melihat apa yang sedang dilalui pemakai secara real time.

Ejen-ejen yang bertauliah ini akan menolong si pemakai dengan tugasan dan aktiviti seharian seperti berjalan di kawasan yang sesak dan ketika membeli barangan dikedai runcit. Ejen ini ditugaskan sebagai penterjemah kawasan sekeliling si pemakai. Ejent tersebut juga boleh mengenal pasti lokasi pemakai menerusi Google Maps. Aira memberitahu bahawa teknologi ini bukan direka untuk menggantikan kaedah lama seperti berjalan dengan haiwan pemandu ataupun menggunakan tongkat tetapi ia lebih kepada membantu melakukan tugasan yang spesifik.

Kacamata ini boleh didapati di Amerika Syarikat dengan cara melanggan pakej yang ditawarkan syarikat tersebut. Pemakai boleh mendapat kacamat itu dengan akses selama 200 minit pada harga ~RM 578 sebulan. Pakej yang lain pula adalah akses selama 400 minit untuk ~RM 890 sebulan dan ejen akan siap sedia di talian dalam masa 10 saat sebagai jaminan.

Sumber: CNET