Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kabel Lightning iPhone Ini Membolehkan Penggodam Mengakses Komputer Anda

Kabel Lightning iPhone Ini Membolehkan Penggodam Mengakses Komputer Anda

Diterbitkan Ogos 13, 2019 · Dikemas kini Ogos 13, 2019 oleh ariff bukhari

Akan dipasarkan oleh penciptanya tidak lama lagi.

Seorang penggodam aka penyelidik keselamatan yang dikenali sebagai MG telah menghasilkan kabel lightning iPhone yang akan membolehkan penggodam mengakses komputer pengguna apabila ia disambungkan dengannya.

Malah penggodam juga mampu mengakses komputer pengguna dari jarak jauh menerusi kabel tersebut.

Kabel lightning yang dipanggil sebagai O.MG Cable ini dihasilkan dengan menggunakan tangan dengan melakukan modifikasi pada kabel lightning keluaran Apple. Jadi, pengguna tidak akan menyedari bahawa kabel ini amat berbahaya kepada mereka kerana ia menyerupai dan berfungsi sama sahaja dengan kabel lightning keluaran Apple.

Walhal, penggodam telah memasang skrip dan arahan khusus yang membolehkan mereka menyerang komputer mangsa mereka.

“Apple cables are simply the most difficult to do this to, so if I can successfully implant one of these, then I can usually do it to other cables.” MG

Setakat ini, kabel lightning yang dihasilkan beliau sudah habis dijual kepada para peserta yang menyertai persidangan DefCon 2019. Setiap kabel dijual pada harga USD200.00.

Tetapi beliau akan memasarkan secara terbuka kabel tersebut kepada pengguna pada harga USD100.00/unit tidak lama lagi di laman Hak5.

I will be dropping #OMGCables over the next few days of defcon.

I will also have 5g bags of DemonSeed, if that’s your thing.

I’ve been very busy with @d3d0c3d & @clevernyyyy.

Details and update here: https://t.co/0vJf68nxMx

🌚🔥 pic.twitter.com/lARWTYHZU1

— MG (@_MG_) August 9, 2019

Sumber: Vice

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY