Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kabel Dasar Laut Voltan Tinggi Ke Langkawi Hampir Siap Dipasang

Kabel Dasar Laut Voltan Tinggi Ke Langkawi Hampir Siap Dipasang

Diterbitkan Julai 14, 2020 · Dikemas kini Julai 14, 2020 oleh ariff bukhari

Projek dilancarkan pada Julai 2018 dahulu.

Kabel dasar laut voltan tinggi yang menghubungkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Kuala Perlis dengan PMU Teluk Apau di pulau peranginan Langkawi kini sudah 98 peratus siap.

Kabel dasar laut yang dibangunkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menghubungkan pulau peranginan itu dengan Grid Nasional.

Projek merentang kabel dasar laut itu menyalurkan kuasa elektrik 132 kilovolt (kV) menerusi kabel sepanjang 26.5km dijangka akan mula beroperasi bulan ini juga.

TNB menerusi satu kenyataan medianya memaklumkan bahawa mereka membelanjakan sebanyak RM161 juta sebagai perbelanjaan modal untuk projek tersebut yang mula dilancarkan pada Julai 2018 dahulu.

Sistem elektrik di pulau peranginan itu kini dikawal sepenuhnya secara automasi dan apabila kabel dasar laut ini beroperasi kelak, ia akan meningkatkan kapasiti penerimaan tenaga yang lebih baik.

Malah TNB memberitahu, kabel dasar laut yang sedang direntang itu menggunakan teknologi terkini yang pertama kali digunakan di Malaysia, iaitu cross-linked polyethylene berbanding oil-filled cable yang digunakan sebelum ini.

Tidak setakat itu, TNB  juga menyatakan bahawa projek ini mampu menjadi pemangkin kepada usaha meluaskan capaian internet jalur lebar di Langkawi menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY