Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tim dunk facetime

Jurugambar Kreatif Ini Teruskan Bisnes Ketika Pandemik Hanya Dengan Melalui Panggilan Video Facetime

Diterbitkan April 12, 2020 · Dikemas kini April 12, 2020 oleh Meor Hasyim

Duduk di rumah dalam jangka masa yang lama ketika wabak Covid-19 telah memberikan kesan dari segi pendapatan. Salah satu di antaranya adalah pekerjaan jurugambar yang kini tidak lagi boleh sesuka hati keluar rumah atau bangunan untuk meneruskan bisnes.

Cuba bayangkan bagaimana jurugambar mahu menangkap gambar jika tidak lagi keluar bukan? Namun sebagai manusia yang sentiasa ligat berfikir mencari jalan keluar penyelesaian, ada antara kita yang sangat kreatif untuk tetap mencari sumber pendapatan pada masa ini.

Ini ialah Tim Dunk, seorang jurugambar perkahwinan professional yang mempunyai cara baharu untuk meneruskan perniagaannya hanya dari rumahnya di Yorkshire. Dengan menggunakan hanya MacBook Pro miliknya, beliau menangkap gambar klien hanya melalui panggilan video FaceTime.

Jurugambar Kreatif Ini Teruskan Bisnes Ketika Pandemik Hanya Dengan Melalui Panggilan Video Facetime
Gambar dari timdunk.com

Untuk pencahayaan optimum, beliau sendiri mengarahkan klien untuk mereka sendiri suasana yang terang dengan menggunakan tirai atau langsir rumah mereka. Kemudiannya, beliau akan memberikan arahan untuk subjek menggayakan pose untuk menangkap gambar.

Kaedah yang digunakan oleh Tim Dunk adalah menggunakan fungsi “Live Photos” dalam aplikasi FaceTime tersebut. Dengan cara ini gambar akan disimpan dalam aplikasi Photos dalam MacBook beliau. Gambar ini kemudiannya akan disunting dalam perisian Adobe Lightroom.

Jurugambar Kreatif Ini Teruskan Bisnes Ketika Pandemik Hanya Dengan Melalui Panggilan Video Facetime
Gambar dari timdunk.com

Melihat gambar yang ditangkap, ia sangat berkualiti dan beremosi. Walaupun dari segi perincian dan butiran ia kurang disebabkan limitasi sistem penangkapan, ramai klien yang memuji hasil gambarnya.

Jurugambar Kreatif Ini Teruskan Bisnes Ketika Pandemik Hanya Dengan Melalui Panggilan Video Facetime
Gambar dari timdunk.com

Setakat ini, lebih 50 gambar potret telah ditangkap oleh Tim Dunk melalui FaceTime. Untuk melihat kesemua gambar beliau, anda boleh ke laman rasmi miliknya.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY