Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada Tawar Pulangan Wang Sehingga 11 Kali Ganda

Jika anda kerap membeli-belah secara dalam talian, mungkin anda ternanti-nanti jualan murah di platform e-Dagang. Terbaru, Lazada kini kembali dengan Jualan Sehari Terbesar 11.11.

Jualan Lazada 11.11

Pada kali ini, Lazada menjanjikan tawaran jaminan harga terendah dengan pulangan wang sehingga 11 kali ganda. Pengguna boleh mendapatkan baucar penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11, harga terendah dengan diskaun sehingga 90% ke atas kira-kira 70 juta barangan serta jaminan perkhidmatan barangan dalam tempoh 24 jam untuk 50,000 pembelian terawal.

Jualan Lazada 11.11

Lazada turut menyediakan tawaran Mesti Beli, Crazy Flash Sale dan Chup Dulu dengan potongan harga sehingga 80%.

Selain daripada menawarkan produk pada harga diskaun, Lazada juga mengadakan pelbagai acara. Antaranya termasuk Lazada 11.11 Super Show, CDO Show Lazada, Pertandingan Lazada Heartbeat Wallet, ganjaran LazCoin serta tebus hadiah daripada LazGames.

Pengguna turut berpeluang memenangi Nissan Almera dengan menambah nilai Lazada Wallet dari 1 hingga 10 November dan membeli apa-apa sahaja di Lazada antara 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 11.11.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada, layari pautan ini.