Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
anthony loke myjpj

JPJ Sedang Bergerak Ke Arah Pendigitalan Penuh

Diterbitkan Mei 16, 2023 · Dikemas kini Mei 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang berusaha ke arah pendigitalan penuh perkhidmatan mereka untuk pelanggan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata konsep pendigitalan telah pun dimulakan melalui Pelan Strategik Pendigitalan JPJ 2021-2025.

Tambah menteri, “Memang kita harap akan ada pendigitalan penuh, tetapi ia akan mengambil masa sebab ada banyak sistem yang perlu diintegrasikan. Sekarang 2023 kita telah pun ada beberapa inisiatif seperti Pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (eLKM) dan Lesen Memandu Malaysia (eLMM) selaras pemacuan digitalisasi itu.”

“Dalam masa dua tahun yang akan datang ini, banyak lagi inisiatif pendigitalan yang akan dilaksanakan oleh JPJ termasuk penguatkuasaan yang akan ke arah digital.” – Anthony Loke

Berkaitan

  • Saman Dikeluarkan JPJ Dan Polis Akan Digabung Dalam Satu Pengkalan
  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • MyJPJ: Ini Cara Dapatkan Kod Sekuriti Bila Anda Daftar Akaun Baru
  • Adakah Anda Akan Disaman Jika Tidak Memiliki Aplikasi MyJPJ?
  • Benarkah Masih Akan Disaman Jika Tak Pamer "Road Tax"? Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Hanya Bayar RM50 Untuk Saman PDRM Yang Dikeluarkan Tahun 2022 Dan Sebelumnya
  • 4 Sebab HONOR Magic5 Pro Jadi Antara ‘Flagship’ Penting 2023

Tempoh hari, rakyat Malaysia menerima berita besar dengan pengumuman bahawa cukai jalan dan lesen memandu yang tersedia melalui aplikasi eJPJ boleh diguna untuk gantikan versi fizikal.

Dalam Op Hari Raya Aidilfitri 2023 baru-baru ini juga, JPJ telah menggunakan dron untuk mengesan pesalah yang melanggar peraturan lalu lintas.

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY