Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Laju Daripada SmartTAG, RFID Dengan Pengecaman Nombor Plat Kini Diaktifkan

JPJ Ada Pelan Yang Mungkin Boleh Turunkan Harga Pelekat RFID

Diterbitkan Januari 27, 2022 oleh Amsyar Latif

Memetik laporan FMT terbaru, harga pelekat RFID untuk pembayaran tol secara elektronik boleh diturunkan menerusi pelan pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, JPJ kini sedang mengkaji teknologi baharu untuk pendaftaran kenderaan. Contohnya pelekat RFID, kod QR dan cip.

Tambahnya lagi, sistem RFID membolehkan penguatkuasaan dijalankan melalui automasi agar memastikan bacaan tepat (pendaftaran kenderaan) sekaligus meminimumkan kos.

Selain itu, sekiranya JPJ menggunakan teknologi RFID, mereka akan pastikan ia serasi dan boleh digunakan untuk tujuan lain seperti pembayaran tol. Ia juga boleh mengelakkan keperluan banyak tag RFID pada satu kenderaan.

Lebih Laju Daripada SmartTAG, RFID Dengan Pengecaman Nombor Plat Kini Diaktifkan

Di samping itu, program pendigitalan ini juga adalah salah satu langkah dalam melaksanakan tol aliran berbilang lorong (MLFF) menjelang tahun 2025.

Namun begitu, belum pasti adakah Kementerian Pengangkutan akan bersetuju dengan cadangan JPJ untuk mempiawaikan pengeluaran nombor plat bagi menyokong pengenalan nombor plat automatik (ANPR).

Dalam pada itu, Wee Ka Siong turut mengatakan bahawa penggunaan RFID sebenarnya tidak perlu terhad di lebuh raya sahaja.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencadangkan agar kenderaan menggunakan ‘e-plate’ atau nombor pendaftaran standard kenderaan dilengkapi cip keselamatan kerana sistem RFID boleh diperluaskan fungsinya.

Sumber: FMT, bernama

Baca juga:

  • Suruhanjaya Persaingan Malaysia Sudah Bertemu Dengan PLUS Dan TnG, Terus Pantau Pelaksanaan RFID

  • RFID: PLUS Akan Buka Semula Lorong SmartTAG Di Beberapa Lokasi Sebelum Selasa Depan

  • Pelekat RFID Rosak? PLUS Tawar Ganti Pelekat Dengan Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY