Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
highway tol plus tng

Suruhanjaya Persaingan Malaysia Sudah Bertemu Dengan PLUS Dan TnG, Terus Pantau Pelaksanaan RFID

Diterbitkan Januari 21, 2022 · Dikemas kini Januari 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang bertanggungjawab mempromosi persaingan dalam pasaran dalam tempatan mengatakan bahawa mereka akan terus memantau pelaksanaan RFID di Lebuhraya PLUS dan Touch ‘N Go.

Dalam kenyataan tersebut, MyCC turut memaklumkan bahawa mereka pada Isnin lepas telah pun mengadakan perjumpaan dengan pihak PLUS dan Touch ‘n Go berkaitan pelaksanaan RFID di sepanjang Lebuhraya PLUS.

Walaupun inovasi seperti pengenalan RFID dalam sistem kutipan tol ini dialu-alukan, MyCC percaya bahawa pelaksanaan sistem itu perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi mencapai objektifnya.

MyCC turut berkongsi penilaian dan kebimbangannya dalam mesyuarat yang sama mengenai pelaksanaan RFID termasuk memberikan akses kepada platform pembayaran lain untuk pembayaran tol seperti kad debit/kredit dan sistem e-wallet yang lain.

MyCC ditubuhkan pada 1 April 2011 dan ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Fungsi badan bebas ini adalah untuk menggalakkan persaingan sihat yang seterusnya akan merangsang produktiviti dan inovasi, lantas mewujudkan pilihan produk atau servis yang lebih banyak kepada pengguna dan kualiti yang lebih baik pada harga yang berpatutan

Sumber: Siaran Akhbar MyCC

Baca juga:

  • Tiada Harapan, Permainan Bully 2 Tak Mungkin Dilancarkan
  • Pengguna Android Dah Boleh Main Game Di Netflix, Ini 5 Permainan Yang Ditawarkan
  • TNB Akan Buka Stesen Pengecas Kereta Elektrik Tahun Hadapan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY