Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Perkhidmatan Lorong Tambah Nilai Lebuhraya PLUS Dihentikan Bermula Esok

RFID: PLUS Akan Buka Semula Lorong SmartTAG Di Beberapa Lokasi Sebelum Selasa Depan

Diterbitkan Januari 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kekecohan isu RFID sejak beberapa hari lepas telah membuatkan banyak pihak termasuk kerajaan mula memberi perhatian dan bergerak menyelesaikannya. Selain harga tag yang dikatakan mahal, masalah keberkesanan RFID semasa beroperasi juga menjadi punca kemarahan pengguni.

Hari ini, PLUS mengumumkan mereka akan mengaktifkan semula 19 laluan SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena perayaan Tahun Baru Cina kelak. Mereka juga akan membuka semula lorong SmartTAG di 18 plaza tol lain selepas perayaan tersebut.


Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican di akaun Facebook miliknya berkata sebuah lorong RFID di Plaza Tol Bertam akan ditukar menjadi lorong SmartTAG dalam masa terdekat.


RFID yang mula diperluas sejak Januari ini adalah salah satu langkah menuju sistem MLFF (Multi-Lane Free Flow) iaitu sistem tol tanpa palang. Namun, pelaksanaannya menerima reaksi negatif secara mendadak baru-baru ini.

Untuk mengetahui lanjut tentang cara pemasangan tag RFID dan bagaimana ia berfungsi, anda boleh klik SINI.

Baca juga:
  • JPJ Kuat Kuasa e-Testing Bermula April Ini, Tiada Lagi Pegawai JPJ Di Sebelah Pemandu
  • Dikatakan Siri Samsung Galaxy S22 Di Malaysia Pakai Snapdragon
  • MIUI 13 Untuk Pengguna Global Mungkin Dilepaskan Secara Rasmi Sedikit Masa Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY