Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng ewallet

Pelekat RFID Rosak? PLUS Tawar Ganti Pelekat Dengan Percuma

Diterbitkan Januari 20, 2022 oleh Amsyar Latif

Pelekat RFID yang bukan murah harganya itu memang perlu dijaga dengan betul-betul. Ini kerana ia sangat sensitif dan mudah rosak.

Jadi, bagi mengelakkan pengguna mengeluarkan wang lagi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan memberikan gantian pelekat yang rosak itu secara percuma.

Pada masa yang sama, petugas tambahan turut diletakkan di plaza tol bagi membantu mereka yang mengalami masalah pelekat RFID.

Katanya, petugas mereka sudah tunggu sedia dan sekiranya pengguna mengalami masalah ketika berada di lorong RFID. Mereka akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke pusat pemasangan TnG yang terdekat untuk periksa RFID.

Jika TnG masih tidak dapatĀ detect, mereka akan beri pelekat RFID yang baharu secara percuma.

Rata-rata pengguna mengeluh pelekat RFID ini gagal berfungsi terutama pada waktu puncak ketika hujan. Namun, PLUS mengatakan pengguna lebuh raya tidak perlu bimbang kerana kebanyakan plaza tol di seluruh negara masih menyokong pembayaran kad TnG dan Smartag.

Berkaitan harga pelekat RFID yang mahal, PLUS menyatakan bahawa harga itu sebenarnya telah ditetapkan oleh pihak TnG sendiri.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • Harga Tag RFID Touch ‘N Go Mungkin Akan Dikurangkan Selepas Perbincangan Dengan LLM

  • Ini Antara Keluhan Pengguna Berkaitan Penggunaan RFID Touch ‘n GO

  • Ramai Tak Setuju Kos Stiker RFID Sehingga RM35 Sekeping

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY