Ia hasil dari kerjasama tiga syarikat ternama tanah air, Astro, Digi dan Media Prima yang disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Melaluinya pelajar boleh mendapatkan bermacam-macam maklumat dengan akses bila-bila masa kepada kandungan pendidikan yang berkualiti dan dalam masa yang sama mematuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kerjasama ini memperlihatkan kandungan dari Tutor TV (Astro), FullAMark (Media Prima) dan platform tersebut dibangunkan serta dikendalikan oleh Digi.
Berorientasikan sebagai pembelajaran sendiri, berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat dari JomStudi;
- Lencana Ganjaran: Pelajar mengumpul pelbagai jenis lencana sebagai ‘ganjaran’ selepas mereka
menyiapkan tugasan. - Papan Pemuka Peribadi: Pelajar mempunyai kilasan yang lengkap terhadap perkembangan mereka
dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan. - Data Sifar: Akses percuma ke atas kandungan JomStudi dari pukul 2 petang hingga 8 malam setiap
hari, eksklusif untuk pelanggan Digi.
JomStudi bakal dilancarkan pada 2019 dan sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan hab pembelajaran digital ini.
Berkaitan
- Facebook Bakal Hadir Dengan Sokongan Video 4K
- Video Berusia 120 Tahun Dinaik Taraf Kepada Resolusi 4K Dan Ini Hasilnya
- MediaTek Mahu Bangunkan Sistem Imbasan Wajah Mirip Apple Tetapi Untuk Peranti Murah
- Aplikasi VivaVideo Dikesan Cuba Lakukan Lebih 20 Juta Transaksi Yang Meragukan
- Huawei MediaPad M5 Lite Boleh Di Pra-Tempah Pada 29 Ogos Dengan Harga RM1299
- Facebook Messenger Rooms, Panggilan Video Sehingga 50 Pengguna
- Cara Pohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19
- Cara Memainkan Video Youtube Walaupun Skrin Telefon Di Tutup
- Rakyat Malaysia Paling Banyak Beli Permainan Digital Di Rantau Asia Tenggara
- Kini Perkongsian Video YouTube Di iMessage Lebih Pantas