Kini, gergasi media sosial Facebook tampil memperkenalkan Messenger Rooms, sebuah platform yang mampu menghimpunkan 50 orang pengguna dalam satu-satu masa.

Perkhidmatan panggilan video ini ditawarkan secara percuma dan boleh diakses oleh sesiapa jua tanpa memerlukan akaun Facebook. Penggunaannya sangat mudah dimana ia dimulakan sama ada dari Facebook atau Messenger. Tidak perlu memuat turun aplikasi lain.
Pengguna boleh mengajak pengguna lain untuk turut serta dalam panggilan dengan cara kongsikannya pada bahagian News Feed, Groups dan Events.
Selain itu, terdapat ciri untuk menetapkan panggilan video berkumpulan itu peribadi atau terbuka yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja.
Messenger Rooms akan mula ditawarkan minggu ini pada beberapa buah negara dan penawaran lebih meluas keseluruh dunia akan dibuat pada minggu berikutnya.
Sumber: Facebook
Berkaitan
- Facebook Uji Fungsi Tarik Balik Mesej Pada Messenger
- Isu Facebook Akses Kamera iOS Tanpa Disedari Telah Diatasi Dengan Kemaskini Terbaru
- Facebook Bangunkan Ciri FaceID Untuk Aplikasi Messenger
- Kajian: Dalam Masa 50 Tahun Lagi, Pengguna Facebook Yang Meninggal Dunia Akan Lebih Tinggi Berbanding Yang Masih Hidup
- Facebook Uji Ciri Yang Menggabungkan Stories Dan News Feed
- Whatsapp, Skype dan Facebook Messenger bakal hadapi undang-undang ketat di Eropah
- Ini Pandangan Pakar Jika Facebook Ditamatkan Sepenuhnya
- Facebook Menguji Ciri "Resume", Sasar Bantu Golongan Yang Sedang Mencari Pekerjaan
- Salah Seorang Pengasas Apple Saran Orang Ramai Supaya Berhenti Menggunakan Facebook
- Boleh Ke WhatsApp Status Kumpul Maklumat Peribadi? Ini Jawapan Facebook Malaysia