Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi 1

JomStudi – Hab Pembelajaran Digital Kerjasama Antara Astro, Digi Dan Media Prima

Diterbitkan Disember 5, 2018 oleh Helmi Samsuri

JomStudi, sebuah hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan yang berkualiti telah diperkenalkan semalam.

Ia hasil dari kerjasama tiga syarikat ternama tanah air, Astro, Digi dan Media Prima yang disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Melaluinya pelajar boleh mendapatkan bermacam-macam maklumat dengan akses bila-bila masa kepada kandungan pendidikan yang berkualiti dan dalam masa yang sama mematuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kerjasama ini memperlihatkan kandungan dari Tutor TV (Astro), FullAMark (Media Prima) dan platform tersebut dibangunkan serta dikendalikan oleh Digi.

Berorientasikan sebagai pembelajaran sendiri, berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat dari JomStudi;

  • Lencana Ganjaran: Pelajar mengumpul pelbagai jenis lencana sebagai ‘ganjaran’ selepas mereka
    menyiapkan tugasan.
  • Papan Pemuka Peribadi: Pelajar mempunyai kilasan yang lengkap terhadap perkembangan mereka
    dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
  • Data Sifar: Akses percuma ke atas kandungan JomStudi dari pukul 2 petang hingga 8 malam setiap
    hari, eksklusif untuk pelanggan Digi.

JomStudi bakal dilancarkan pada 2019 dan sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan hab pembelajaran digital ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY