Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SMART QURAN

Mengaji Dengan Yakin Menerusi Aplikasi Al-Quran Rasmi Dari JAKIM

Diterbitkan April 29, 2020 · Dikemas kini April 8, 2022 oleh ariff bukhari

Sepanjang bulan Ramadan ini adalah masa terbaik kita menambah pahala dengan memperbanyakkan amal ibadah.

Salah satu amal ibadah yang mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada adalah dengan membaca Al-Quran.

Kini dengan teknologi yang ada, kita tidak perlu lagi membaca Al-Quran hanya dari kitab suci itu sendiri. Sebaliknya boleh sahaja memuat turun dan memasang aplikasi Al-Quran ke dalam peranti pintar.

Itulah inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan usahasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).dengan membangunkan aplikasi pintar Smart Quran.

Mengaji Dengan Yakin Menerusi Aplikasi Al-Quran Rasmi Dari JAKIM

Smart Quran adalah merupakan aplikasi mudah alih Al-Quran yang mendapat kelulusan pihak berkuasa di Malaysia serta diperakui dari segi kesahihan maklumatnya.

Smart Quran telah pun dilancarkan dalam tahun 2018 lalu.

Menerusi aplikasi ini,  bukan sahaja mengandungi teks Al-Quran sahaja, tetapi juga pengguna boleh memuat turun audio bacaan Al-Quran dari Sheikh Abdullah Ibn Ali Basfar, Sheikh Ali Al-Huzaifi, Sheikh Ibrahim Al Akhdar dan Sheikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf.

Selain itu, pengguna juga boleh melihat terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris, menanda muka surat dan lain-lain.

Jadi, jika anda masih belum memasang aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda, bolehlah memasangnya segera.

Smart Quran boleh dimuat turun ke dalam peranti Android dan iOS secara percuma.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY