Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jom Dapatkan Vivo Y17 Hanya Pada Harga RM1 Dengan MaxisONE Plan

Jom Dapatkan Vivo Y17 Hanya Pada Harga RM1 Dengan MaxisONE Plan

Diterbitkan Ogos 4, 2019 · Dikemas kini Ogos 4, 2019 oleh ariff bukhari

Sah untuk MaxisONE Plan 128 dan ke atas.

Bermula Ogos ini, Maxis menawarkan pelan terbaru yang menarik untuk para pengguna telefon pintar di Malaysia. Pengguna yang melanggan pelan terbaru MaxisONE Plan akan melayakkan mereka mendapatkan telefon pintar Vivo Y17 hanya pada harga RM1 sahaja.

Vivo Y17 yang dilengkapi dengan RAM berkapasiti 4GB dan memori terbina dalam bersaiz 64GB kini turut didatangkan bersama ciri 3 kamera utama di belakang. Telefon pintar ini telah dilancarkan secara rasmi di malaysia pada Mei lalu.

3 Kamera tersebut dilengkapi dengan kamera utama 13MP +8MP AI Super-Wide Angle+2MP Depth. Manakala kamera hadapannya pula dilengkapi dengan kamera 20MP.

Selain itu, salah satu ciri utama lain yang ada pada Vivo Y17 adalah kapasiti baterinya yang berjumlah 5000mAh serta menyokong ciri pengecasan pantas dwi-enjin.

Vivo Y17 didatangkan 2 pilihan warna menarik iaitu Mineral Blue dan Mystic Purple.

Berbalik kepada tawaran MaxisONE Plan semula, Vivo Y17 hanya berharga RM1 untuk MaxisONE Plan 128, MaxisONE Plan 158 dan MaxisONE Plan 188 sahaja.

Jom Dapatkan Vivo Y17 Hanya Pada Harga RM1 Dengan MaxisONE Plan

Harga keseluruhan pakej yang perlu dibayar untuk mendaftar MaxisONE Plan ini adalah dari RM517.00.

Untuk info lanjut, sila layari laman muka MaxisONE Plan Vivo Y17 atau terus ke pusat jualan Maxis berdekatan anda bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY