Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Supercharger_

Johor Bersedia Jadi Lokasi Penubuhan Rangkaian Supercharger Tesla – MB

Diterbitkan Julai 13, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan Negeri Johor mengutarakan kesediaan dan potensi untuk menjadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla.

Berkaitan

  • Laman Web Tesla Mula Paparkan Jawatan Kosong Di Malaysia
  • Tesla Malaysia Rasmi Pada 20 Julai 2023

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata menerusi pertemuan bersama Pengarah Wilayah Tesla, Isabel Fan, pelbagai perbincangan serta perancangan telah diutarakan oleh pihak Tesla.

Jelasnya, ekosistem yang kondusif serta pengukuhan polisi kerajaan yang menekankan peralihan kepada teknologi hijau, telah memberikan keyakinan kepada syarikat itu untuk melabur di Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut berharap rancangan tersebut bakal membuahkan hasil, terutamanya dalam meningkatkan peluang pekerjaan serta keterlibatan syarikat tempatan dalam ekosistem pelaburan pihak Tesla, sama ada di peringkat domestik atau global.

Terdahulu, Tesla Malaysia mengumumkan bakal hadir ke pasaran tempatan secara rasmi pada 20 Julai nanti.

Sumber: Onn Hafiz Ghazi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY