Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pergerakan Rentas Negeri Dijadualkan Dari 7 Mei Hingga 10 Mei 2020

Jika Anda Terlepas Peluang Rentas Negeri Dari 7 Hingga 10 Mei Ini…

Diterbitkan Mei 6, 2020 · Dikemas kini Mei 6, 2020 oleh ariff bukhari

Pergerakan rentas negeri bermula esok.

Dalam Sidang Media pada 4 Mei lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa bagi individu yang terlepas peluang atau mungkin tidak dapat melakukan pergerakan rentas negeri dalam tempoh 4 hari ini iaitu bermula esok (7Mei) hingga 10 Mei 2020, mereka perlu membuat permohonan kepada pihak polis.

Penjelasan tersebut dibuat ketika beliau menjawab soalan wartawan yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

“Jadual yang ditetapkan oleh PDRM hanya 4 hari sahaja (7Mei hingga 10 Mei 2020), Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad.” Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan, 4 hari itu adalah pengecualian dari peraturan di bawah PKPB untuk rakyat bergerak merentas negeri bagi pulang bekerja di bandar.

Lepas daripada 4 hari tersebut,  ia akan kembali tertakluk kepada perintah PKPB iaitu pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan.

“Lebih daripada 4 hari, maka tertakluklah kembali kepada peraturan iaitu rentas negeri tidak dibenarkan.” Ismail Sabri Yaakob.

Walaubagaimanapun beliau memaklumkan, bagi mereka yang mahu melakukan pergerakan rentas negeri lepas daripada 4 hari itu, mereka masih boleh melakukannya dengan syarat mendapat kelulusan daripada pihak polis.

“Mana-mana yang dikatakan miss 4 hari yang ditetapkan (7Mei hingga 10 Mei 2020), jika mereka ingin merentas negeri, mereka mesti melaporkan kepada pihak polis dan mendapatkan kebenaran daripada pihak polis untuk pergerakan mereka.” Ismail Sabri Yaakob.

Maksudnya di sini adalah ia tertakluk kepada budi bicara pihak PDRM bagi membenarkan ataupun tidak untuk anda melakukan pergerakan rentas negeri selepas daripada 10 Mei 2020.

Namun begitu, Ismail Sabri Yaakob meminta seboleh-bolehnya orang ramai lakukanlah pergerakan rentas negeri dalam tempoh 4 hari yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Seperti semua sedia maklum, pergerakan rentas negeri akan bermula dari esok iaitu 7 Mei untuk orang ramai yang berada di Kuala Lumpur bergerak pulang ke kediaman masing-masing di seluruh negara.

Seterusnya 8 Mei bagi pergerakan dari Perak, Johor dan Kelantan. 9 Mei dikhususkan untuk gerak keluar dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka serta Pahang.

10 Mei pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu ke destinasi masing-masing.

Jadi, sila patuhi tarikh pergerakan anda seperti yang telah ditetapkan.

(Sila rujuk sidang media 4 Mei oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada minit ke 21:26)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY