Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Hairan “Bagaimana China Boleh Hasilkan EV Pada Kos Yang Begitu Rendah”

Jepun Hairan “Bagaimana China Boleh Hasilkan EV Pada Kos Yang Begitu Rendah”

Diterbitkan Oktober 28, 2024 · Dikemas kini Oktober 28, 2024 oleh ariff bukhari

Jepun tertanya-tanya bagaimana pembuat EV China, seperti BYD, membina kereta elektrik dengan begitu murah.

Ia selepas pengeluar automotif Jepun menyelongkar dan membedah SUV elektrik BYD ATTO 3 di mana peserta seminar EV di Jepun bertanya, “Bagaimana ia boleh dihasilkan pada kos yang begitu rendah?”

ATTO 3 ialah EV pertama BYD yang dilancarkan di Jepun pada Januari 2023 dengan harga jualan bermula pada sekitar 4.4 juta yen.

Sejak itu, BYD telah menambah dua LAGI EV terlarisnya ke dalam pasaran Jepun, Dolphin dan Seal dengan masing-masing dijual pada harga bermula 3.63 juta yen dan 5.28 juta yen.

BYD DOLPHIN
BYD Dolphin pula dijual dengan harga bermula RM100,000.
byd atto 3 malaysia – 1
BYD ATT0 3 di Malaysia dijual pada harga bermula RM149,900.
byd seal
BYD Seal dijual dengan harga bermula RM163,800 di Malaysia.

Biro Ekonomi dan Perdagangan Jepun Tengah telah mengadakan satu seminar khas pada awal Oktober lalu untuk meneroka trend dalam kenderaan elektrik.

Kira-kira 70 syarikat alat ganti kereta dari Jepun menghadiri acara itu, di mana lebih 90,000 alat ganti daripada 16 kenderaan elektrik asing dipamerkan.

Sebanyak 3 model EV turut dipamerkan iaitu Atto 3, ET5 NIO dan Model Y  dan Tesla telah dipamerkan, tetapi SUV elektrik BYD yang mencuri tumpuan dengan hadirin seminar bertanya, “Bagaimana ia boleh dihasilkan pada kos yang begitu rendah?”

Sho Kato, ketua jabatan Nissin Seiki, yang menghadiri acara itu, berkata,

“Saya terkejut dengan sebilangan kecil alat ganti yang digunakan oleh BYD dan Tesla. Syarikat kami juga berharap dapat menggunakan pengalaman yang diperoleh daripada perniagaan sedia ada kami untuk memasuki bidang EV.”

Selepas mendominasi pasaran China, BYD mengintai pasaran luar negara seperti Jepun untuk memacu pertumbuhannya.

Hasilnya, buat pertama kalinya, BYD berjaya menjual lebih banyak kenderaan daripada Nissan dan Honda pada suku kedua.

Sejak itu, BYD terus membina momentum, dengan bulan jualan rekod keempat berturut-turut pada bulan September.

Berkaitan

  • Nak 'Perang' Harga Kereta, BYD Mahu Kurangkan Lagi Harga EV
  • MPV BYD M6 Dilancar, Harga Dari RM109,800
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: Electrek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY