Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dims (1)

Jepun Bakal Bina Gundam Bersaiz Sebenar Dan Boleh Bergerak

Diterbitkan November 25, 2018 oleh Helmi Samsuri

Siri Gundam mula ditayangkan di televisyen pada April 1979 dan sejak dari itu, popularitinya meningkat naik disegenap pelosok dunia.

Perkhabaran menarik mengenai siri terbabit, sebuah lagi patung Gundam bersaiz penuh akan dibina dan dijadualkan siap pada 2020.

Patung tersebut akan dibina menerusi sebuah projek yang dinamakan sebagai Gundam Factory Yokohama dan ia akan mempunyai kebolehan bergerak.

Dijangka bakal mencuri tumpuan pada Sukan Olimpik 2020 nanti, ia turut dibina bersempena dengan ulangtahun ke-40 siri itu.

Jepun Bakal Bina Gundam Bersaiz Sebenar Dan Boleh Bergerak

Binaan Gundam pertama telah membuat kemunculan sempena ulangtahun ke-30 Gundam iaitu pada 2009 menerusi model RX-78-2, berketinggian 18 meter.

Setahun selepas itu, ia dipindahkan dari Tokyo Park ke Bandar Shizuoka untuk tempoh lebih kurang 8 bulan sebelum bertukar lokasi ke DiverCity Tokyo Plaza.

September tahun lalu, model RX-78-2 itu diubah kepada model RX-0 Unicorn.

Jepun Bakal Bina Gundam Bersaiz Sebenar Dan Boleh Bergerak

Kedua-dua binaan ini hanya mempunyai kebolehan bergerak yang terhad dimana RX-78-2 hanya boleh memusingkan kepala dan membuka kokpit.

Sementara itu model Unicorn pula hanya boleh bertukar kepada mod Destroy.

Pastinyaa binaan bersaiz penuh yang boleh bergerak ini akan ditunggu-tunggu peminat Gundam seluruh dunia. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Sumber: Anime News Network

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY