Kes kecurian atau penyelewengan identiti meningkat ketara.
Menurut RAM Credit Information Sdn Bhd (Ramci), kes-kes kecurian identiti atau data peribadi didapati meningkat sebanyak 20 peratus kepada 446 kes pada tahun lepas berbanding 371 pada 2017.
Pendedahan tersebut dibuat berdasarkan apa yang dilaporkan kepada Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) tahun lalu. Menjadikan mangsa kecurian identiti yang mana kes berkaitan terbukti meningkat hampir dua kali ganda pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.
Malah, kecurian identiti adalah antara lima kaedah jenayah kewangan dalam talian yang paling ketara berlaku sepanjang tahun lepas.
Jenayah siber lain yang turut berlaku adalah perbuatan 'phishing' atau mencuri maklumat penting dalam talian dengan menggunakan e-mel palsu, sistem pesanan ringkas (SMS) atau laman web; 'malware' atau virus bahaya yang bertujuan meneliti data dan merosakkan peranti; penggubahan wang haram - pemindahan dana diseleweng ke akaun tidak dikenali serta kaedah kad iaitu menggunakan kad kredit dicuri bagi tujuan dan aktiviti jahat.
Oleh itu, Ramci menasihati pengguna internet agar sentiasa berhati-hati apabila berkongsi sebarang maklumat peribadi menerusi dalam talian, termasuk di rangkaian media sosial.
Pengguna juga dinasihati supaya menggunakan kemudahan pengurus kata laluan bagi memastikan penyimpanan kata laluan secara selamat yang dikemaskini secara kerap.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Microsoft Mengesahkan 44 Juta Pengguna Akaun Microsoft Terdedah Kepada Penjenayah Siber
- MCMC Dedah Modus Operandi Terkini Penjenayah Siber Memanipulasi SMS
- FBI Umum Alat Perangi Ransomware Berkaitan Serangan Siber Ke Atas MGM
- Insiden Penipuan Siber Di Malaysia Adalah Tertinggi Bagi Suku Pertama 2021
- Ukraine Dakwa Russia Lakukan Serangan Siber Ke Atas Mereka
- Kerana Semakin Popular, macOS Jadi Sasaran Penjenayah Siber 'Dark Web'
- TM Dan Telefónica Tech Bekerjasama Membina Program Keselamatan Siber
- Insiden Jenayah Siber Di Malaysia Bagi Tahun 2020 Meningkat Berbanding 2019
- Lebih 22 Juta Serangan Siber Ke Atas Malaysia Dari Ancaman Tempatan Berjaya Disekat
- Polis New York Kini Guna Polis Robot Untuk Perangi Jenayah