Jenama Lejen Ini Janjikan Kemaskini Android Lebih Pantas Untuk Anda

Kalau ditanya kepada mana-mana pengguna Android, adakah kemaskini Android itu penting? Masing-masing pasti akan memberi jawapan "penting". Ada juga yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu langsung mengenai kemaskini. "Asalkan boleh buat call, balas mesej sudahlah".

Perkara sebegini sememangnya tak harus berlaku kerana kita sekarang berada dizaman teknologi yang terdedah kepada bermacam-macam risiko. Melalui kemaskini yang diberikan secara berterusan, risiko itu dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama menambah ciri serta fungsi terbaru untuk para pengguna. Anda juga perlu faham bahawa setiap sistem tidak sempurna dan untuk itu ia harus diperbaiki dari masa ke masa.



Berlainan pula bagi pengguna yang memahami kepentingan kemaskini tetapi kurang bernasib baik kerana menggunakan telefon bajet rendah. Ia kadangkala lambat menerima penambahbaikan daripada syarikat pengeluar. Bukan peranti berbajet rendah sahaja, malah ada sesetengah pemilik peranti pertengahan turut mengalami masalah sama yang mungkin disebabkan pengeluar lebih mengumakan peranti berspesifikasi tinggi.

Jadi bagi persoalan diatas, kemaskini sekuriti Anroid penting atau tidak? Jawapannya sangat penting.

Kenapa penting?


Selepas memasang kemaskini tampalan sekuriti pada peranti, pengguna mungkin tertanya-tanya apa yang ditambahbaik sedangkan tidak ada perbezaan pada fungsi peranti. Ada yang beranggapan kemaskini itu tidak memberikan apa-apa faedah pada mereka. Namun itu apa yang terlihat pada mata kasar pengguna sahaja, tetapi setiap kemaskini tampalan sekuriti yang dilepaskan berfungsi menampal setiap "lubang-lubang" pada ciri keselamatan sedia ada.



Pihak tidak bertanggungjawab seperti pengodam semakin licik melakukan apa sahaja untuk mencari kelemahan sesuatu sistem, seterusnya memanipulasi bagi tujuan mencuri data dan sebagainya.

Tolak tepi gambar dan teks WhatsApp anda, apa lagi data yang penting mungkin ada dalam telefon pintar? Ya, maklumat perbankan dalam talian, e-Dompet dan seumpama dengannya. Pastinya anda tidak mahu berkompromi dengan masalah melibatkan data sensitif yang ada pada peranti.



Selain daripada itu, kemaskini yang datang juga menjamin penggunaan peranti lebih lancar oleh kerana pembangun akan sentiasa menambahbaik fungsi serta perisian kepada versi yang terkini. Contohnya seperti penambahan ciri penjimatan bateri, mengesan tingkah laku penggunaan peranti dan lain-lain untuk memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna.

Kenapa ada peranti Android lambat dapat kemaskini sekuriti


Sebagai pembangun, setiap bulan Google akan menyediakan kemaskini tampalan untuk memperbaiki atau menambahbaik sistem Android.



Walaupunbegitu, ia terpulang kepada pengeluar bila dan model mana yang akan dapat kemaskini terbabit. Pengeluar perlu menyesuaikannya mengikut sistem Android versi masing- masing. Jadi pengeluar mana yang boleh bagi jaminan kemaskini lebih pantas untuk setiap model yang dikeluarkan?

Nokia bangkit semula dengan Android One dan berada dilandasan tepat untuk bersaing rapat dengan pengeluar lain.


Ibarat gergasi yang sudah tidur lama, Nokia kini bangkit yakin meredah pasaran yang terbentang luas. Berita mengenai Nokia mahu masuk semula kedalam pasaran telefon pintar menggunakan Android cukup mengujakan ramai, lebih-lebih lagi peminat yang sudah sekian lama menantikannya.



Ini dapat dilihat sejurus selepas Nokia diambil alih oleh HMD Global, pelbagai model diperkenalkan mengikut demografik pembeli. Dari segmen permulaan, pertengahan sehinggalah kepada peranti premium yang dimuatkan dengan spesifikasi terbaik.

Tidak cukup dengan itu, model-model lama yang pernah ditawarkan belasan tahun dahulu turut diberi nafas baru dengan sedikit sentuhan ciri masa kini, cukup menarik untuk mengimbau kenangan lalu disamping menggunakan teknologi baru.

Pengoperasian Android One pada peranti Nokia menjanjikan kemaskini lebih pantas dan untuk makluman, kesemua peranti Nokia yang dilancarkan pada 2017 dan 2018 sudah dinaik taraf kepada Android 9 Pie. Ini menjadikan Nokia sebagai sebuah pengeluar peranti yang paling pantas bertindak untuk kemaskini selain mempunyai penawaran lebih banyak model dengan sistem operasi Android 9 Pie.



Untuk pengetahuan anda, Nokia 7 Plus merupakan antara yang terawal menerima naik taraf kepada Android Pie pada tahun lalu sementara Nokia 8.1 tergolong antara model awal yang menerima Android Q versi Beta.

Agak sakit hati juga apabila kita memiliki peranti kelas atasan tetapi masih tersangkut dengan Android versi lama, sedangkan peranti Nokia dengan spesifikasi lebih rendah sudahpun menjamah Android 9 Pie.



Nokia turut menjanjikan kemaskini sekuriti setiap bulan untuk tempoh 3 tahun selain 2 kali naik taraf sistem operasi. Ini menunjukkan Nokia kekal komited dalam menyediakan produk terbaik bagi 4 juta pengguna mereka selain memperlihatkan peranti dari jenama ini masih relevan digunakan dalam tempoh masa yang panjang selari dengan motto syarikat "Nokia just keeps getting better".

Tidak kiralah anda memiliki peranti bajet Nokia hinggalah kepada model flagship mereka, kesemuanya disediakan dengan kemaskini secara sama rata.

Nokia mungkin agak lewat memasuki pasaran peranti pintar tetapi bukan bererti mereka berdiam diri, malah sentiasa menambah baik penawaran sedia ada. Antara yang sedang dijalankan adalah promosi #BerhariRayaBersamaLejen dimana sejumlah peranti dijual dengan harga lebih rendah berbanding harga asal. Mungkin ada diantara anda yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, bolehlah layari Facebook rasmi Nokia atau terus pergi ke gedung dalam talian mereka di Lazada.



Dengan barisan peranti dari Nokia yang sudah dipersiapkan bersama-sama sistem operasi Android One, kini ia hanya menanti anda untuk mendapatkan pengalaman yang pastinya tidak mengecewakan.