Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Japan Salahkan Telefon Pintar Sebagai Punca Kemerosotan Penglihatan Pelajar Mereka

Japan Salahkan Telefon Pintar Sebagai Punca Kemerosotan Penglihatan Pelajar Mereka

Diterbitkan Disember 26, 2018 oleh Wiser MY

Tahap penglihatan pelajar Jepun mengalami kemerosotan dan kerajaan mereka merasakan telefon pintar sebagai punca utama kepada permasalahan itu. Satu kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi menemui yang peratusan jumlah pelajar yang mempunyai penglihatan di bawah markah 1.0 adalah 25.3%, nilai tertinggi dalam sejarah negara tersebut.

Lebih membimbangkan, 67% dari pelajar sekolang menengah dan 34% dari pelajar sekolah rendah tidak mencapai piawaian yang diletakkan mereka. Kerajaan menyalahkan tren menghabiskan masa melihat skrin telefon pintar dan bermain permainan telefon pintar sebagai puncanya.

Japan Salahkan Telefon Pintar Sebagai Punca Kemerosotan Penglihatan Pelajar Mereka

Permainan telefon pintar misalnya, merupakan satu industri yang besar di Jepun. Negara itu menduduki tangga ke-3 dunia dalam pasaran permainan video mengikut kajian Newzoo. Pakar menjelaskan pendedahan mata ke skrin tidak dibuktikan dapat merosakkan penglihatan seseorang namun mereka memberi amaran yang pendedahan lama mata terhadap blue light yang dihasilkan oleh skrin telefon pintar boleh menyebabkan mata menjadi ‘letih’.

Sementara itu China telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi golongan muda negara itu dengan mengawal selia penerbitan permainan-permainan baharu dan sedia ada serta mengurangkan waktu bermain kepada rakyat mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY