Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Tertipu Dengan Borang Google Forms Yang Tular Kononnya Dari JAKIM

Jangan Tertipu Dengan Borang Google Forms Yang Tular Kononnya Dari JAKIM

Diterbitkan April 17, 2020 · Dikemas kini April 17, 2020 oleh ariff bukhari

JAKIM tidak menyediakan borang berbentuk Google Forms untuk Tabung Musaadah Covid-19.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan memanipulasi Tabung Musa’adah Covid-19.

Ia berikutan tular kononnya wujud borang dalam bentuk Google Forms kononnya ia dari JAKIM.

Borang Google Forms itu kononnya adalah borang bagi permohonan Tabung Musa’adah Covid-19 yang diwujudkan oleh pihak JAKIM.

Berikut adalah penafian dari pihak JAKIM YANG dibuat di laman Facebook Bahagian Dakwah JAKIM tentang borang permohonan yang tular itu :-

MESEJ PENTING KEPADA ANDA PENGGUNA MEDIA SOSIAL FB / INSTAGRAM / TWITTER dll RANGKAIAN MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum w.b.t

Kepada pengguna media sosial FB/ Instagram/ Twitter/ dll adalah dimaklumkan JAKIM tidak menyediakan borang berbentuk Google Forms untuk Tabung Musaadah Covid-19.

Jika terdapat borang berbentuk Google Forms seperti yang tertera, anda dinasihatkan untuk tidak mengisi sebarang maklumat berkaitan.

Pihak JAKIM menafikan terdapat borang berbentuk Google Forms untuk Tabung Musaadah Covid-19.

Harap maklum.

Jangan Tertipu Dengan Borang Google Forms Yang Tular Kononnya Dari JAKIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY