Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Terpedaya Tawaran Muat Turun Aplikasi WhatsApp Gold

Jangan Terpedaya Tawaran Muat Turun Aplikasi WhatsApp Gold

Diterbitkan April 16, 2020 · Dikemas kini April 16, 2020 oleh ariff bukhari

WhatsApp Gold kembali cuba memperdaya pengguna.

Ketika “Perintah Kawalan Pergerakan” dikuatkuasakan, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu pengguna.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan  hebahan kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap mesej yang menawarkan untuk memuat turun WhatsApp Gold serta amaran berkenaan pengeluaran video bertajuk ‘Gambarelli’.

Ini kerana dipercayai aplikasi serta video tersebut membawa perisian hasad di dalamnya

Menurut SKMM, mesej yang ditularkan adalah mesej yang dikitar semula sejak Mei 2016 lagi. Mesej asal tersebut menawarkan aplikasi WhatsApp Gold yang kononnya dilengkapi ciri-ciri kelebihan istimewa seperti panggilan video, penghantaran gambar sehingga 100 keping gambar dalam satu masa serta pemadaman mesej yang telah dihantar dalam masa beberapa jam.

Pengguna yang menerima pautan untuk memuat turun apliaksi tersebut akan diminta memuat turun apliaksi WhatsApp Gold, dan kemudian akan membawa pengguna ke satu laman web yang mengandungi perisian hasad.

Mesej tersebut dipercayai telah diolah setiap tahun bagi mengelirukan pengguna dengan disertakan amaran berkenaan video“Gambarelii/ Martinelli” yang turut mengandungi virus. Namun tiada bukti bahawa wujudnya video tersebut.

Jadi, sekiranya anda ada menerima sebarang pautan muat turun aplikasi atau video yang meragukan dari pihak yang tidak dikenali, segeralah melaporkannya terus kepada SKMM.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY