Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
app scam maid malaysia kpdnhep

Jangan Muat Turun Aplikasi “Pembantu Rumah” Ini, Duit Dalam Bank Anda Berisiko Hilang – KPDNHEP

Diterbitkan Ogos 24, 2022 · Dikemas kini Ogos 24, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kami pernah berkongsi sebelum ini aplikasi yang cuba menipu pengguna dengan kaedah yang sama iaitu menawarkan perkhidmatan pembersihan.

Kali ini, kerajaan melalui KPDNHEP telah menyenaraikan aplikasi scam yang mengiklankan perkhidmatan orang gaji dan pembersihan rumah.

Aplikasi-aplikasi scam tersebut ialah:

  • Grabmaid
  • Maria’s Cleaning
  • Maid4U
  • YourMaid
  • Maideasy
  • MaidACall
  • MyMaidCall
  • PetsMore

scam orang gaji

Antara modus operandinya ialah pengguna perlu menghubungi mereka melalui WhatsApp terlebih dahulu. Dalam perbualan tersebut, penipu akan memberikan pautan (link) dan meminta pengguna untuk memasang aplikasi mereka dalam telefon.

Kata penipu, pengguna perlu melakukan tempahan melalui aplikasi diberi.

Apabila anda menggunakan aplikasi ini, ia akan meminta anda isi maklumat dan akhirnya dibawa ke halaman FPX palsu yang nampak serupa dengan halaman FPX yang tulen.

Berkaitan

  • Cara Sembunyikan Akaun Instagram Anda Daripada "Suggested For You", Elak Diikuti Orang Tidak Diingini
  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad
  • Buang Segera 8 Aplikasi Android Ini Yang Sudah Dimuat Turun Lebih 3 Juta Kali
  • Buang Segera 34 Aplikasi Android Ini, Sudah Dimuat Turun Lebih 10 Juta Kali Dari Play Store
  • Duit Dalam Akaun Bank Lesap, Ini Yang Perlu Dilakukan Dengan Segera
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Buang Segera 35 Aplikasi Android Ini Kerana Dikesan Menyelinap Masuk Ke Dalam Google Play Store

Inilah yang membuatkan ramai terpedaya lalu mengisi maklumat perbankan seperti username dan kata laluan. Dengan input ini, penipu menggunakannya untuk mendapat akses terhadap akaun bank anda.

Pengguna pula tertanya-tanya mengapa hanya “Error” yang keluar sedangkan maklumat dimasukkan benar. Tanpa mereka tahu, itu hanyalah prop untuk curi maklumat, kerana itulah tidak dibawa masuk ke akaun sebenar.

Sumber: KPDNHEP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY