Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
29 Aplikasi Mencurigakan Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store

Buang Segera 8 Aplikasi Android Ini Yang Sudah Dimuat Turun Lebih 3 Juta Kali

Diterbitkan Julai 15, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang penyelidik dari firma keselamatan Evina Tech bernama Maxime Ingrao melaporkan penemuan sebanyak 8 aplikasi yang ditawarkan di Google Play Store dikesan mengandungi perisian hasad yang dinamakan sebagai ‘Autolycos‘.

Ekoran penemuan itu, kesemua aplikasi tersebut telah dikeluarkan dari ditawarkan di dlaam Play Store.

Berikuta adalah senarai 8 aplikasi Android yang membawa perisian hasad Autolycos.

  • Vlog Star Video Editor – 1 juta muat turun
  • Creative 3D Launcher – 1 juta muat turun
  • Wow Beauty Camera – 100,000 muat turun
  • Gif Emoji Keyboard – 100,000 muat turun
  • Freeglow Camera 1.0.0 – 5,000 muat turun
  • Coco Camera v1.1 – 1,000 muat turun
  • Funny Camera – 500,000 muat turun
  • Razer Keyboard & Theme – 50,000 muat turun
malware 1
malware 2

Maxime Ingrao mendedahkan, bagi mempromosikan aplikasi-aplikasi itu, pembangunnya telah mencipta beberapa laman Facebook dan menjalankan iklan di Facebook dan Instagram.

Sebagai contoh sebanyak 74 kempen bagi mengiklankan aplikasi Razer Keyboard & Theme dikesan beliau.

Maxime Ingrao menjelaskan, Autolycos adalah perisian hasad baharu yang bertindak melanggan perkhidmatan premium berbayar tanpa disedari mangsanya.

Ekoran itu, pengguna Android digesa membuang aplikasi-aplikasi yang disenarai itu jika mereka ada memasangnya di dalam telefon pintar.

Sumber: bleepingcomputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY