Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook instagram

Cara Sembunyikan Akaun Instagram Anda Daripada “Suggested For You”, Elak Diikuti Orang Tidak Diingini

Diterbitkan Februari 3, 2022 · Dikemas kini Februari 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tidak dapat dinafikan lagi kemunculan platform media sosial memainkan peranan besar dalam pergaulan manusia hari ini.

Namun, media sosial juga adalah ruang peribadi untuk kebanyakan orang hari ini. Sesetengah daripada kita lebih suka “menyorok” daripada masyarakat maya. Menjadi lumrah untuk sesebuah platform mengiklankan anda dengan akaun mereka percaya berkait dengan kandungan dan akaun yang ada ikuti.

Dengan ini, akaun anda juga akan diiklankan pada orang lain. Jadi, bagaimanakah untuk menyembunyikan akaun anda daripada dicadang pada orang yang anda tidak ingini di “Suggested for you” atau “Discover people”?

Ini langkahnya.

  1. Buka Instagram daripada pelayar (Safari, Firefox, Chrome, Edge, dsb.) kerana aplikasi Instagram tidak mempunyai pilihan untuk mematikan fungsi ini.
  2. Tekan pada Profile iaitu gambar profil anda di bucu kanan bawah.
  3. Tekan “Edit Profile“.
  4. Tatal hingga ke bawah sekali.
  5. Di bawah “Similar account suggestions”, buangkan tanda pada “Include your account when recommending similar accounts that people might want to follow”.
  6. Tekan “Submit“.

insta suggest

Secara lalai, Instagram akan menanda fungsi ini iaitu menghidupkannya jadi anda perlu matikannya secara manual.

Jika anda ingin membaca direct message (DM) pada Instagram tanpa “seen”, anda boleh ikuti langkah di SINI. Kaedah ini turut boleh digunakan pada akaun yang saling mengikuti seperti rakan karib.

Baca juga:

  • 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Kabel Besar TIME Dengan WiFi 6
  • Cara Hantar Mesej Pada Diri Sendiri Di WhatsApp
  • Cara Menukar Alamat E-Mail pada Akaun Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY