Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jam w16

Jam Tangan Mewah Ini Dimuatkan Dengan Enjin Bugatti Chiron. Berharga RM1.2 Juta

Diterbitkan April 19, 2020 · Dikemas kini April 19, 2020 oleh ariff bukhari

Hanya 250 unit jam tersebut dihasilkan.

Jacob & Co, syarikat pengeluar jam tangan ultra mewah telah buat pertama kalinya bekerjasama dengan pembina kereta ultra mewah dan terpantas di dunia, Bugatti.

Hasil kerjasama itu, mereka telah menghasilkan rekaan jam tangan yang dikenali sebagai Chiron Tourbillon.

Istimewanya jam tangan ini adalah ia dimuatkan di dalamnya dengan replika enjin W16 yang menjadi nadi kepada model hypercar Bugatti Chiron.

Bukan sekadar statik, tetapi replika enjin yang lengkap dengan 16 omboh dalam jam tangan Chiron Tourbillon ini boleh bergerak.

https://www.instagram.com/p/B-uV0rsjuO0/?utm_source=ig_embed

Menurut Jacob & Co, jumlah komponen yang diperlukan bagi membina jam tangan ini melibatkan sebanyak 578 komponen berbeza. Komponen yang paling sukar untuk dihasilkan pula adalah bahagian aci engkol ( crankshaft).

Hanya sebanyak 250 unit jam tangan Chiron Tourbillon ini dihasilkan. Jika anda berminat dan mampu memilikinya, anda bolehlah menempah jam tersebut yang harga USD280,000 atau sekitar RM1.2 juta.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=518&v=VOga7HrL-Qs&feature=emb_logo

Sumber: Auto Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY