Hari ini, Huawei mengumumkan kemas kini terbaru jam pintarnya, HUAWEI WATCH 5 dan HUAWEI WATCH Ultimate 2 termasuk sokongan eSIM terkini melalui Maxis eSIM Connect Plan.
Kini, kedua-dua model ini mampu berfungsi bebas tanpa telefon. Ia membolehkan pengguna menerima panggilan, mesej dan data mudah alih terus melalui jam. Ia juga membolehkan pengguna berkongsi nombor telefon utama serta kuota data antara telefon pintar dan jam melalui Maxis eSIM Connect Plan.

HUAWEI WATCH 5 dan WATCH Ultimate 2 juga ditawarkan melalui Maxis Postpaid dengan kadar bulanan yang lebih mampu milik, memudahkan pengguna menikmati sambungan eSIM tanpa beban kos.
HUAWEI WATCH 5 46mm:
- Pelan 24 Bulan – RM47
- Pelan 36 Bulan – RM31
HUAWEI WATCH Ultimate 2:
- Pelan 24 Bulan – RM133
- Pelan 36 Bulan – RM89
Pelanggan yang mendaftar dalam tempoh promosi akan menerima pengecualian yuran selama tiga bulan untuk pelan Maxis Connect Plan.
Promosi ini terbuka kepada pengguna Maxis baharu dan sedia ada yang membeli HUAWEI WATCH 5 atau WATCH Ultimate 2 bersama Maxis Connect Plan di kedai Maxis terpilih seluruh negara.
Pelanggan yang sudah memiliki jam Huawei eSIM, atau yang memilih untuk membeli di kedai masih boleh melanggan Maxis Connect Plan. Hanya dengan RM20 sebulan, nombor yang sama boleh digunakan di telefon dan jam pintar anda sambil berkongsi data.

Huawei juga menawarkan promosi perayaan untuk jam bukan eSIM seperti Siri HUAWEI WATCH FIT 4 dan Siri HUAWEI WATCH GT 6, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM446. Promosi khas ini ditawarkan bermula hujung November sehingga pertengahan Januari.
- Siri HUAWEI WATCH FIT 4 pada harga bermula RM499 serta hadiah percuma HUAWEI Scale 3
- Siri HUAWEI WATCH GT 6 pada harga bermula RM799 serta hadiah percuma HUAWEI FreeBuds 6i dan tiga bulan HUAWEI Health+
Maxis eSIM One Number membolehkan pengguna menghubungkan jam Huawei mereka dengan nombor sedia ada melalui aplikasi Huawei Health bagi memastikan sambungan kekal walaupun tanpa telefon. Perkhidmatan ini menyokong HUAWEI WATCH 5 42mm dan 46mm serta WATCH Ultimate 2.
Cara mengaktifkan Maxis eSIM One Number adalah seperti berikut:
- Padankan jam pintar anda melalui Huawei Health
- Pergi ke ‘eSIM Management’ dan pilih ‘One Number’
- Sahkan nombor Maxis anda
- Lengkapkan proses pendaftaran untuk aktifkan sambungan penuh
Untuk maklumat lanjut tentang Maxis Year-End Sale, Maxis Connect Plan atau mengetahui peranti yang terlibat, anda boleh mengunjungi Stor Maxis yang berdekatan atau melayari laman produk HUAWEI WATCH 5 dan HUAWEI WATCH Ultimate 2 di laman rasmi Maxis.
{suggest}
