Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akad Nikah sidang video

JAIS Benarkan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Secara Sidang Video Sepanjang Tempoh PKP

Diterbitkan Januari 13, 2021 ยท Dikemas kini Januari 13, 2021 oleh Amalina Athman

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas enam buah negeri termasuk Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 hingga 26 Januari 2021.

Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan melaksanakan majlis akad nikah secara sidang video dalam tempoh tersebut. Akan tetapi, ianya hanya akan dilaksanakan bagi pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin dan temujanji tarikh akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Masjid Pengurusan.

Majlis secara sidang video ini akan dilakukan oleh Pendaftar yang akan berada di PAID, manakala pengantin, wali dan 2 saksi akan berada di rumah. Sementara itu, pelaksanaan majlis akad nikah ini akan dijalankan mengikut temujanji yang telah diatur.

Bagi anda yang belum tahu, pelaksanaan majlis akad nikah secara sidang video bukan pertama kali dilaksanakan di Selangor. Terdahulu, Selangor telah membenarkan majlis akad nikah melalui sidang video dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April tahun lalu.

Sumber: JAIS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY