Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

JAECOO J5 EV Berharga RM118,800, Tawar Jarak Sehingga 461KM

Posted on September 7, 2026

JAECOO J5 EV kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM118,800 atas jalan tanpa insurans, sekali gus menjadi kenderaan elektrik sepenuhnya pertama JAECOO untuk pasaran tempatan.

SUV elektrik segmen-B ini menggunakan bateri LFP berkapasiti 58.9kWh daripada CATL, yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 461km berdasarkan kitaran NEDC.

Motor elektriknya menghasilkan kuasa 155kW dan tork 288Nm, dengan pecutan 0-100km/j dalam masa 7.7 saat. Untuk pengecasan, J5 EV menyokong AC sehingga 11kW, manakala pengecasan pantas DC sehingga 130kW membolehkan bateri dicas daripada 30% kepada 80% dalam kira-kira 28 minit.

Antara kelengkapan yang disediakan termasuk sistem kamera 540 darjah, bumbung kaca panoramik 1.45 meter serta 19 ciri ADAS Tahap 2+. Ruang kargo belakang pula berkapasiti 480 liter dan boleh diperluaskan sehingga 1,284 liter.

Untuk kegunaan luar, JAECOO turut menyediakan Camping Mode, Pet Mode dan Vehicle-to-Load (V2L) 3.3kW.

J5 EV dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam dan diberikan waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000km serta waranti bateri voltan tinggi 10 tahun atau 200,000km.

1,000 penyerahan pertama akan menerima pakej bernilai RM10,000 yang merangkumi insurans setahun, pengecas rumah 7kW dan beberapa aksesori.

Pembeli berkenaan turut menerima kredit pengecasan tanpa had selama setahun di rangkaian JomCharge.

Penyerahan pertama JAECOO J5 EV dijadualkan bermula 31 Oktober 2026.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress