Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Isu SST Melibatkan Tambah Nilai Prabayar Dalam Perhatian KKMM

Isu SST Melibatkan Tambah Nilai Prabayar Dalam Perhatian KKMM

Diterbitkan September 2, 2018 · Dikemas kini September 5, 2018 oleh Helmi Samsuri

Isu mengenai tambah nilai prabayar dikenakan cukai SST sebanyak 6% telah mula hebat diperkatakan sejak beberapa hari ini.

Hal ini telah menimbulkan reaksi kurang senang terutama sekali daripada kalangan pengguna telco prabayar.

Tq. Buat isu SST utk prepaid, perkara ini dlm perhatian KKMM. Kenyataan resmi akan dikeluarkan dlm masa terdekat berkenaannya https://t.co/i2F1vNNwOp

— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) September 1, 2018

Menjawab pertanyaan tentang isu tersebut di Twitter, menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan isu prabayar dikenakan cukai SST berada dalam perhatian KKMM. Beliau turut menambah, kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Laporan lain pula menyatakan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan mengeluarkan arahan supaya setiap tambah nilai prabayar yang dibeli akan menerima nilai yang sama seperti yang dibayar pengguna.

Kredit gambar: Dabelaa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Take-Two Sekat Projek Port PC GTA 6 Tidak Rasmi, Lebih 3,000 Repositori GitHub Terkesan
  • Cisco Dan OpenAI Lancar Shirudo, Ejen AI Tangani Kelemahan Perisian Sebelum Tampalan Siap
  • MCMC Saman Google RM300 Juta, Dakwa Gagal Turunkan Kandungan Papagomo Di YouTube
  • Tidal Haramkan Muzik Dijana AI Sepenuhnya Mulai 9 Disember
  • Harga TV LCD 65 Inci Dijangka Menjadi Lebih Mahal - Omdia
  • Persatuan Pengguna Jerman Saman Ray-Ban Dan Meta Gara-Gara Cermin Mata AI
  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
©2026 WISER.MY