Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sign in with apple

Isu Keselamatan Kritikal ‘Sign In With Apple’ Kini Telah Dibaik Pulih

Diterbitkan Jun 1, 2020 oleh Meor Hasyim

Ketika pengenalan fungsi ‘Sign In With Apple‘ pada Jun 2019, objektifnya adalah untuk menggantikan log masuk aplikasi ke arah kaedah yang lebih selamat.

Ia dianggap lebih mengutamakan privasi berbanding kaedah log masuk seperti Facebook atau Google kerana menurut Apple, mereka tidak menyimpan data aktiviti dan profil pengguna. Tambahan, fungsi ini juga tidak memerlukan pengguna untuk mendedahkan emel Apple ID secara tidak langsung lebih sesuai untuk pengguna yang mengutamakan privasi dan keselamatan.

Namun, baru-baru ini seorang penyelidik keselamatan dari India, Bhavuk Jain telah menjumpai masalah kritikal berkenaan fungsi log masuk Apple tersebut. Menurutnya, isu kerentanan ini membolehkan penggodam mengakses penuh akaun Apple hanya dengan menggunakan emel sahaja.

Apple kemudiannya berterima kasih dengan kepada beliau dengan membayar sebanyak $100,000 (~RM432,150) melalui program bug bounty mereka. Sehubungan dengan itu, Apple kini telah membaik pulih masalah tersebut melalui pihak pelayan.

Apa yang memeranjatkan adalah Apple sendiri tidak menyedari masalah ini sehinggalah dijumpai oleh pihak lain. Namun, berita baiknya Apple telah menjalankan siasatan dan menyatakan bahawa tiada mana-mana akaun yang dipecah masuk atau dibuat jahat ketika isu kerentanan ini belum dipulihkan.

Sumber: Melalui AppleInsider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY