Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi AnTuTu Dibuang Dari Google Play Store, Ini Penjelasan Mereka

Antutu Jelaskan Mengapa Anda Tidak Patut Bandingkan Skor Ujian Prestasi Antara Android Dan iOS

Diterbitkan Oktober 26, 2020 oleh Meor Hasyim

Android dan iOS merupakan dua sistem operasi utama yang digunakan untuk telefon pintar. Acap kali, pengguna dari kedua-dua pihak saling membandingkan antara satu sama lain yang manakah lebih berkuasa dan berprestasi.

Antutu merupakan ‘mangsa’ kepada medium untuk perbandingan kedua-dua sistem operasi. Adakalanya markah ujian prestasi Antutu di iOS lebih rendah berbanding di Android, dan adakala sebaliknya di mana telefon Android lebih tinggi.

Melalui kenyataan rasmi dari Antutu, seseorang pengguna tidak patut membandingkan skor ujian prestasi pada iOS dengan Android secara terus.

Ini adalah kerana terdapat perbezaan dari segi kaedah ujian dan juga perisian dibangunkan untuk menguji kedua-dua telefon dengan sistem operasi yang berbeza ini.

Yang kedua adalah pada ujian grafik Android menggunakan API OpenGL ES dan Vulkan, manakala iOS menggunakan API Metal.

Perbezaan API ini melibatkan mekanisme menguji yang berbeza dan juga konfigurasi ujian untuk setiap API grafik.

Disebabkan itu, jika mahu membandingkan markah ujian Antutu, ia perlu dibandingkan antara Android dengan Android atau iOS dengan iOS, dan bukannya antara satu sama lain.

Sumber: Antutu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY