Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Meraikan Kejayaan Mi CC9 Pro Sebagai Kamera Dengan Skor Tertinggi Dalam DxOMark

Xiaomi Meraikan Kejayaan Mi CC9 Pro Sebagai Kamera Dengan Skor Tertinggi Dalam DxOMark

Diterbitkan November 6, 2019 oleh Meor Hasyim

Xiaomi Mi CC9 Pro telah dilancarkan semalam dan selain tarikan utama kamera 108MPnya, ia juga telah dinilai oleh DxOMark dan mendapat skor tertinggi dalam carta kamera. Posisi itu bagaimanapun terpaksa dikongsi dengan Huawei Mate 30 Pro yang juga mempunyai skor tinggi yang sama.

Xiaomi Meraikan Kejayaan Mi CC9 Pro Sebagai Kamera Dengan Skor Tertinggi Dalam DxOMark

Dengan posisi teratas dalam carta, Xiaomi tidak berdiam diri. Malah, mereka menyambut kejayaan tersebut dengan memasang pertunjukan cahaya dalam bentuk lampu bilik bangunan yang dieja “DXO NO.1”. Pertunjukan tersebut dibuat di Science and Technology Park yang bertempat di Beijing.

Xiaomi Mi CC9 Pro

Sebelum ini, tangga teratas yang pernah dicapai Xiaomi adalah Xiaomi Mi 9 dengan skor 110. Untuk Mi CC9 Pro, ia dipuji oleh DxOMark atas kualiti zum dan video terbaik yang pernah diuji. Mi CC9 Pro dilengkapi dengan 5 kamera belakang termasuklah sensor utama Samsung 108MP. Agak menarik pada peranti ini kerana ia hanya menggunakan cip pemprosesan kelas pertengahan Snapdragon 730G, bukannya kelas flaghip siri Snapdragon 800 menjadikan Mi CC9 Pro peranti pertama mendapat 10 teratas bukan menggunakan cip kelas flagship.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY