Connect with us

Berita

Isu Kebocoran 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna Akan Disiasat

ariff bukhari

Ditulis

pada

Kontrak Nuemera (M) Sdn Bhd telah ditamatkan.

Insiden kebocoran data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) adalah amat membimbangkan dan memerlukan penjelasan pihak terbabit.

Makluman secara bertulis tersebut adalah bagi menjawab soalan ahli parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sebelum ini. Daripada jawapan KKMM itu, beliau menyatakan kebimbangan dan berpendapat insiden itu serius kerana ia bukanlah satu jumlah yang kecil.

“Sebanyak 46.2 juta set data yang terbocor, ia lebih daripada jumlah semua rakyat Malaysia, ia sangat serius, rakyat Malaysia mengharapkan suatu penjelasan berhubung kebocoran data peribadi mereka,” Ahli parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Beliau mengulas jawapan bertulis Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kepada soalannya semalam berhubung bagaimana Nuemera (M) Sdn Bhd, yang dilantik kerajaan untuk melaksanakan sistem Sekatan Perkhidmatan Selular Awam (PCBS), gagal menjamin keselamatan data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi, sehingga maklumat itu bocor.

Walaubagaimanapun, menurut beliau tindakan terburu-buru tidak boleh diambil buat masa ini kerana kes itu masih dalam siasatan.

Dalam jawapan bertulis itu juga pihak KKMM memaklumkan bahawa kerajaan telah menamatkan kontrak dengan Nuemera (M) Sdn Bhd, dan siasatan jenayah berhubung perkara itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular