Penjenayah bertindak mencuri maklumat peribadi perbankan mangsa melalui laman sesawang palsu dengan menyamar sebagai laman penyedia perkhidmatan yang sah.
Hasil siasatan MyCERT mendapati, sebanyak 7 laman sesawang menyamar sebagai penyedia perkhidmatan dalam bidang perkhidmatan pembersihan iaitu Grabmaid, Maria's Cleaning, Maid4u, YourMaid, Maideasy, MaidACall dan MyMaidKL.

Manakala sebuah lagi laman sesawang menyamar sebagai kedai haiwan peliharaan PetsMore.

Mangsa dikaburi dengan laman sesawang palsu yang dicipta penjenayah itu dengan menggunakan nama laman yang hampir serupa dengan perkhidmatan yang sah.
Penjenayah siber juga menggunakan iklan di Facebook untuk mempengaruhi mangsa mereka supaya memuat turun perisian hasad Android daripada laman palsu tersebut.
Akibat daripada penyamaran itu, mangsa yang terpedaya akan mengalami kehilangan wang dari akaun bank dan kecurian maklumat peribadi.
Berikutan isu ini, MyCERT menasihatkan pengguna secara khususnya kepada pengguna peranti Android untuk mengemas kini sistem peranti kepada versi terkini yang ditawarkan dan memastikan hanya perisian yang dikemas kini sahaja digunakan.
Pengguna juga diminta supaya pastikan terlebih dahulu laman sesawang yang dilawati mereka adalah laman yang sah.
Sumber: MyCERT
Baca juga:
- Lima Sebab Myspace Lebih Baik Daripada Media Sosial Sekarang
- Ini Punca Kekurangan Cip Global, Mungkin Berterusan Hingga 2023
- Produk OEM Tak Ada Kualiti? Ketahui Apa Sebenarnya Produk OEM
Berkaitan
- Laman Grafik Dan Foto Percuma Popular Freepik Digodam, Lebih 8.3 Juta Akaun Pengguna Terjejas
- Opera Melancarkan Aplikasi Pelayar Sesawang Terbaru, Opera GX
- Pixel Watch Didakwa Menggunakan Cip Pemprosesan Yang Sudah Berusia 4 Tahun Lamanya
- TM Dan ZTE Bawa Pengalaman Jalur Lebar 50Gbps Pertama Di Malaysia
- Laman Sesawang Tupperware Diserang Penggodam
- Laman e-Bayar Universiti Malaya Digodam
- Beberapa Negara Mengalami Masalah Mengakses Laman Facebook, Instagram, Messenger Dan WhatsApp
- Maxis Gembira Dengan Pelancaran MEASAT-3d, Pelanggan Bakal Nikmati Pengalaman Rangkaian Yang Lebih Baik
- Apple Tidak Lagi Menjual 4 Model iPhone Ini Di Laman Rasmi Mereka
- Laman Carian Google Bakal Berwajah Baru