Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
brata logo (2)

Selepas Curi Data, Varian Baru BRATA Padam Kandungan Peranti Android Pula

Diterbitkan Januari 26, 2022 ยท Dikemas kini Januari 26, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Cleafy mendedahkan varian baru perisian hasad BRATA dikesan aktif menyerang pengguna telefon pintar Android sejak bulan Disember tahun lepas.

Cleafy turut mendedahkan, varian baharu perisian hasad ini telah berevolusi di mana ia bukan sahaja mencuri data pengguna Android tetapi juga akan memadam segala kandungan dalam peranti yang dijangkitinya.

Cleafy mengkategorikan BRATA kepada 3 jenis iaitu BRATA.A, BRATA.B dan BRATA.C.

brata icon
Antara ikon aplikasi yang sering digunakan sebagai penyamaran oleh perisian hasad BRATA.

Penyelidik menjelaskan, BRATA.A berkeupayaan melakukan proses ‘factory reset’ dan menjejaki peranti Android dengan mengaktifkan GPS pada peranti tersebut secara kawalan jauh.

BRATA.B pula punyai sama keupayaan dengan varian BRATA.A tetapi dengan ciri tambahan yang mampu mencuri nombor keselamatan (PIN) akaun bank dari aplikasi perbankan.

brata b

Manakala BRATA.C pula bertindak memasang aplikasi meragukan ke dalam telefon pintar Android tanpa dapat dikesan oleh ciri pengimbas perisian hasad peranti Android.

Selepas Curi Data, Varian Baru BRATA Padam Kandungan Peranti Android Pula
Rajah menunjukkan fasa pemasangan varian baru perisian hasad BRATA ke dalam peranti Android.

Penyelidik menyatakan, kesemua varian perisian hasad BRATA ini menyasarkan aplikasi-aplikasi perbankan di beberapa negara seperti U.K, Poland dan Italy.

Penyelidik menyatakan, perisian hasad BRATA akan terus aktif menyerang pengguna Android. Lebih membimbangkan adalah perisian hasad ini amat sukar dikesan dan akan terus berevolusi dengan ciri-ciri baru yang menjadikannya lebih merbahaya.

Sumber: Cleafy Labs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY