Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Isu Facebook Akses Kamera iOS Tanpa Disedari Telah Diatasi Dengan Kemaskini Terbaru

Isu Facebook Akses Kamera iOS Tanpa Disedari Telah Diatasi Dengan Kemaskini Terbaru

Diterbitkan November 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kelmarin pemilik peranti iPhone telah dikejutkan dengan laporan aplikasi Facebook mengaktifkan kamera tanpa disedari pengguna.

Perkara itu disedari selepas salah seorang pengguna, Joshua Maddux membuat tatalan dalam aplikasi Facebook yang seterusnya membuka kamera dibahagian belakang. Maddux turut menguji beberapa peranti lain yang menjalankan sistem operasi iOS 13.2.2 dan didapati ia mengalami masalah serupa.

Found a @facebook #security & #privacy issue. When the app is open it actively uses the camera. I found a bug in the app that lets you see the camera open behind your feed. Note that I had the camera pointed at the carpet. pic.twitter.com/B8b9oE1nbl

— Joshua Maddux (@JoshuaMaddux) November 10, 2019


Ekoran daripada pendedahan tersebut, ia mendatangkan rasa bimbang dalam kalangan pemilik iOS kerana ia melibatlkan isu privasi.

Berdasarkan laporan daripada The Verge, syarikat media sosial popular tersebut telah mula melepaskan kemaskini baik pulih untuk mengatasi masalah tersebut dan ia sedia dimuat turun oleh pengguna hari ini.

Jadi sekiranya anda memiliki peranti iOS bolehlah menyemak serta memasang kemaskini tersebut.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY