Isu "Aw, Snap!" Pelayar Google Chrome Bukan Kerana Pepijat Sebaliknya...

Setakat ini isu "Aw, Snap!" hanya berlaku pada pengguna Windows 10 sahaja.


Jika anda pengguna pelayar Google Chrome dan telah mengemas kini pelayar tersebut kepada versi 78, mungkin ada dikalangan anda berdepan isu "Aw, Snap!" yang dipaparkan pada pelayar tersebut.

Secara khususnya, isu ini hanya berlaku pada pengguna Windows 10 sahaja. Tetapi jangan salah faham, masalah tersebut bukanlah disebabkan oleh pepijat, sebaliknya kerana pengenalan ciri keselamatan terbaru pada Google Chrome yang dikenali sebagai “renderer code integrity yang sama digunakan pada Windows 10 bagi tujuan menghalang sebarang kod yang tidak dikenali daripada dilaksanakan di pelayar tersebut.

Sekaligus menyebabkan ciri itu telah bertembung dengan ciri keselamatan Windows 10 yang tidak dikemas kini pengguna seterusnya menyebabkan pelayar Chrome tergantung. Setakat ini, 4 aplikasi Windows disahkan penyebab kepada isu "Aw, Snap!" iaitu Symantec Endpoint Protection (SEP), PC Matic, Print Audit danPalo Alto Traps.

Berikutan isu ini, pihak Google telah respon dan memaklumkan mereka sedang menyiasat masalah tersebut.

"We have temporarily disabled the new Chrome feature that is resulting in the incompatibility while we partner with these software providers to improve compatibility. If you were affected by the incompatibility of a product listed above, please contact the application’s provider to understand their timelines for a fix."

Sumber: Techdows

P/s: Masalah yang sama turut berlaku pada sebahagian pengguna pelayar Microsoft Edge.

Berkaitan