Seperti khabar angin sebelum ini, iQOO 3 rasmi diperkenalkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, RAM LPDDR5 8GB/12GB dan storan sehingga 256GB. Rekaan luar pula menampilkan panel Super AMOLED 6.44 inci dengan resolusi FHD+. Dibawahnya diletakkan dengan pengimbas cap jari sementara penjuru kanan ditempatkan dengan rekaan berlubang diisi dengan kamera selfie 16MP.
Selain itu, paparan ini juga berkemampuan menghidangkan kandungan HDR10+ serta kecerahan sehingga 1200nits. Lebih terarah kepada penawaran untuk peminat aplikasi permainan, kadar input bagi iQOO 3 adalah 180Hz tetapi dengan kadar penyegaran 60Hz.
Tugas rakaman belakang diberikan pada 4 jenis kamera iaitu 48MP, 13MP telefoto, 13MP ultra lebar dan 2MP untuk bantuan bokeh.
Seperti kebanyakkan telefon pintar berkelas atasan yang dilancarkan pada tahun 2020, kebolehan 5G menjadi taruhan pada iQOO melalui penggunaan cip dari Qualcomm. Janaan kuasa peranti digapai melalui penggunaan bateri 4400mAh menerusi pengecasan pantas FlashCharge 55W. Ia dikatakan mampu mengecas 50% bateri dalam tempoh lebih kurang 15minit.
Bakal dijual di India pada 4 Mac depan, harga jualan bagi iQOO bermula dari 36990 Rupee (~RM2179) sehingga 44990 Rupee (~RM 2650).
Berkaitan
- Huawei Nova 3i Akan Terima Kemaskini AIS Untuk Rakaman Waktu Kurang Cahaya Yang Lebih Baik
- Mi Mix 3 Mula Dijual 12 Januari, Harga Bermula Dari RM2199
- Nak Menang Barangan Dari ROG? 3 Pemenang Bertuah Akan Dipilih
- Senarai Gajet Dan Aksesori Menarik Di Shopee 3.3
- Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799
- 6 Ciri Terkandung Dalam Kemaskini iOS 11.3
- Tawaran Eksklusif Bagi Pengguna Yang Baharu Mendaftar Pakej Streamyx Bermula Dari 1 Ogos Hingga 31 Disember Tahun Ini.
- Rakyat Malaysia Kerugian RM113 Juta Akibat Penipuan Menerusi Telefon Dan SMS
- Huawei MatePad Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM3999
- Peranti Boleh Lipat Xiaomi Mungkin Memiliki 3 Panel